- Berita
- Pandu Uji
- "Fasa" Juarai BMW Shorties 2022

BMW Shorties menobatkan filem pendek berjudul "Fasa" arahan Syahmi Norsan sebagai pemenang hadiah utama pertandingan BMW Shorties 2022.
‘Fasa’ merupakan sebuah cerita berdurasi 10 minit yang menelusuri tema moraliti dan juga pilihan.
Ia diceritakan melalui dialog yang mendalam dan serba kontemplatif antara dua watak iaitu Ehsan dan Razak yang sedang melalui fasa kehidupan yang berbeza serta keadaan yang mendorong mereka untuk membuat satu pilihan.
Bagaimanapun, Syahmi berkata, ini merupakan kali pertama dia menggalas tanggungjawab sebagai pengarah.
‘Fasa’ telah menjadi satu cabaran yang amat besar namun memuaskan dalam perjalanan saya sebagai seorang tukang cerita.
“Setiap langkah yang telah diambil berbentuk satu tugas yang besar, berpaksikan matlamat untuk menggambarkan tema-tema cerita ini yang rumit menggunakan cara yang bersesuaian, namun membawa kesan yang mendalam,” katanya.
Di atas kemenangan itu, Syahmi membawa pulang RM80,000 dalam bentuk geran produksi.
Sementara itu, Ketua Komunikasi Korporat dan Kelestarian BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, BMW Shorties kali ini kembali dengan tema RE:IMAGINE.
“Ia terus mencungkil kreativiti yang tiada batasannya dalam kalangan warga Malaysia yang turut melangkaui rintangan pandemik. RE:IMAGINE diilhamkan oleh strategi Kelestarian dan Sirkulariti BMW Group yang mendekatkan kami dengan inovasi dari satu sudut yang baharu,” katanya.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/