Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Harga VW Tiguan Allspace Life Diturunkan Sehingga RM13K! Kini Dari RM159K

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan harga jualan baharu Tiguan Allspace Life yang diturunkan kepada RM159,990.


Harga baharu ini lebih rendah daripada harga yang ditawarkan semasa pelancaran yang bermula daripada RM172,990. Pengurangan sebanyak RM13,000 daripada harga asal ini berkuatkuasa serta-merta untuk penghantaran yang bermula bulan Januari 2023 nanti.




SUV versi tujuh tempat duduk ini memiliki ruang kabin yang luas untuk memberikan keselesaan optimum kepada semua penumpang. Ruang kargonya juga luas dengan kapasiti sehingga 1,775L.


Model ini dikuasakan oleh enjin berpengecas turbo 1.4L TSI yang boleh mengamburkan kuasa setinggi 148 hp/250 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi DSG enam kelajuan. Kombinasi ini memberikan pemandu pengalaman pemanduan yang selesa dengan kadar penggunaan minyak kira-kira 7.7L/100 km. 




Pembelian Allspace Life didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan, bantuan tepi jalan selama lima tahun dan juga jaminan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun.


ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Tiguan Allspace Life Sesuai Untuk Pasangan Muda, Luas, Harga Pun Berbaloi

Baca: Volkswagen Tiguan Allspace R-Line: SUV Keluarga Yang Lasak!

Baca: Versi Naik Taraf,Tiguan Allspace Elegance, R-Line

Baca: VW Reka Kerusi Pejabat Canggih, Boleh Gerak Selaju 20km/j


Tag:

Volkswagen Tiguan Allspace Life
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Pusat 3S Mitsubishi Eon Auto Mart Kini Di Melaka Autocity

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama rakan pengedarnya, Eon Auto Mart (EAM), hari ini mengumumkan pemindahan dan naik taraf bilik pameran Mitsubishi Motors di Melaka.

16-11-2025
Berita Auto

Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Terowong Dasar Laut masih berstatus aktif.

14-11-2025
Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025