Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Kona 2024 Bakal Ditawarkan Dalam 4 Varian! EV, Hibrid, ICE & N Line!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai, akhirnya mendedahkan bahawa SUV crossover Hyundai Kona generasi terbaharu bakal didedahkan kepada umum pada tahun 2024 nanti. Apa yang menariknya, ia akan ditawarkan dalam empat varian iaitu versi trenkuasa elektrik (EV), enjin pembakaran dalaman (ICE), hibrid dan versi prestasi N Line.


REKA BENTUK HYUNDAI KONA 2024




Diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2017, keluaran terbaharu model ini nanti dikatakan akan dibangunkan sebagai sebuah EV sebelum disesuaikan dengan trenkuasa lain (hibrid dan ICE). 


Dari segi dimensi, EV Kona 2024 itu bersaiz 171.5 inci atau 5.9 inci lebih panjang daripada model terkini. Jarak antara rodanya juga ditambah menjadi 2.4 inci lebih panjang.




Pada sudut hadapan Kona EV baharu terdapat bar lampu LED yang memanjang, reka letaknya menyerlahkan kelebaran kereta. Bagi versi elektrik, bar lampu ini direka dalam bentuk seperti piksel selain turut memiliki lingkungan roda (wheel arch) berwarna badan kereta. Imej pada bahagian belakang kereta menunjukkan tema rekaan yang sama seperti sudut hadapan, dengan bar lampu halus di atas lampu belakang yang bersaiz lebih besar.




Setiap varian mendapat gaya ‘muka’ yang berbeza. Ini dapat dilihat daripada reka bentuk ‘piksel’ pada sudut depan EV sementara varian petrol dan hibrid pula menggunakan skid plate dan dan kemasan krom. Varian N Line dipasangkan dengan gril berwarna hitam yang menggabungkan kedua-dua lampu hadapan. Sementara itu, bumbung dan spoiler belakangnya pula berwarna hitam.  Reka bentuk rim bersaiz 19 inci Kona 2024 juga berbeza mengikut varian atau trenkuasa. 


KABIN HYUNDAI KONA 2024




Bergerak ke bahagian dalam, Hyundai Kona 2024 dilengkapi skrin paparan bersaiz 12.3 inci seperti paparan MBUX dalam Mercedes-Benz, yang mana sebahagian skrin berfungsi sebagai paparan pemandu dan sebahagiannya lagi sebagai skrin infotainmen. 


Konsol tengah kereta kelihatan agak kosong memandangkan Hyundai menggerakkan penukar gear di sebalik stereng. Ruang kosong ini bagaimanapun dimanfaatkan sebagai tempat pemegang dua cawan dan juga beberapa butang kawalan. 


Ciri menarik lain di ruang kabin ialah bumbung suria panoramik yang terletak di bahagian bumbung tempat duduk barisan hadapan. Secara keseluruhannya, ruang kabin Kona baharu ini kelihatan minimalistik.


KUASA HYUNDAI KONA 2024




Buat masa ini, Hyundai masih belum mendedahkan spesifikasi lain membabitkan prestasi dan kemampuan Kona 2024. 


HARGA HYUNDAI KONA 2024


Harga jualan bagi keluaran akan datang itu juga masih belum diumumkan namun Hyundai Kona yang kini ditawarkan di pasaran dijual pada harga yang bermula dari RM124,188. 


Apakah pendapat anda mengenai Hyundai Kona 2024? Kongsikan di ruangan komen di bawah.


ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Hyundai Kona Electric: 13 Unit Pertama Telah Diserahkan Kepada Pelanggan!

Baca: Review Penuh Hyundai Kona Electric EV 2021 Malaysia | Kereta Elektrik paling Mampu Milik?

Baca: Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888

Tag:

hyundai kona
2024 Hyundai Kona
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Video

Review Penuh Hyundai Kona Electric EV 2021 Malaysia | Kereta Elektrik paling Mampu Milik?

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021 yang boleh didapati dalam tiga varian: Lite, Plus dan Max! Kapasiti baterinya agak besar memandangka ia mampu melakukan pemanduan sejauh 484km hanya dengan sekali cas dan prestas

29-11-2021
Berita Auto

Pelan Pembiayaan Untuk Pembelian Kereta Baharu

Hyundai-Sime Darby Motors (HDSM) memperkenalkan pelan pembiayaan baharunya yang menawarkan ansuran lebih fleksibel dan berpatutan sehingga sembilan tahun dengan pinjaman pembiayaan sebanyak 90 peratus sempena Sambutan Hari Raya.

11-05-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026