- Berita
- Berita Auto
- Majlis Pecah Tanah Pusat 3S Ford Di Pulau Pinang
-full_normal.jpg)
Pengedar eksklusif Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) menganjurkan majlis pecah tanah untuk membina Pusat 3S Ford baharu di Pulau Pinang.
Dengan pelaburan berjumlah RM16.6 juta, Pusat 3S Ford dijangka menambah baik pengalaman pelanggan dan mengukuhkan prospek jenama di kawasan Utara.
Ia yang meliputi kawasan seluas 45,000 kaki persegi akan dilengkapi dengan 18 ruang servis selain mampu mempamerkan enam kenderaan.
Majlis pecah tanah tersebut dirasmikan oleh Pengarah Urusan SDAC, Turse Zuhair, Ketua Jualan Pengedaran SDAC, George Ngian dan Wakil Penjual Prinsipal SDAC Pulau Pinang, Peter Chan.
-full_normal.jpg)
Turse berkata, sebagai Pusat 3S yang menawarkan perkhidmatan serba lengkap, kemudahan tersebut akan menyenangkan lagi kunjungan dan memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
“Pelaburan ini jelas mencerminkan komitmen kami untuk memenuhi keperluan pasaran, selain kami akan berusaha meningkatkan keupayaan serta menambah baik pengalaman pelanggan,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Pasaran Pengedar Ford Asia Pacific, DJ Simpson berkata, pihaknya berbesar hati dapat meluaskan rangkaiannya di Malaysia dengan kemudahan terbaharu itu.
“Pulau Pinang ialah pasaran penting dengan prospek kukuh bagi Ford dan SDAC. Dengan memantapkan kedudukan kami di sini, kami akan dapat terus meluaskan tawaran rangkaian kenderaan bertaraf dunia dan perkhidmatan terulung yang disediakan kepada pelanggan di kawasan utara,” ujarnya.
Kemudahan yang dijangka siap menjelang suku pertama 2024 ini terletak di Jalan
Baru di Seberang Prai.
Untuk maklumat lanjut mengenai SDAC dan Ford, layari www.sdacford.com.my.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/