Link Copiedcheck_circle
EV

Toyota bZ4X Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tahun Depan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



UMW Toyota Motor (UMWT) optimis bakal menutup tirai tahun 2022 dengan pencapaian jualan yang tinggi. Dedahnya dalam satu kenyataan semalam, syarikat telah berjaya membuat penghantaran sejumlah 90,595 unit kereta Toyota dan Lexus di negara ini antara bulan Januari dan November 2022, angka ini dijangka terus meningkat dalam bulan Disember. 


Selain itu, UMWT turut mengesahkan beberapa perancangan penting bagi tahun 2023 nanti berkaitan pelancaran barisan model kereta baharu termasuklah kereta elektrik (EV) Toyota bZ4X dan juga model prestasi GR.


TOYOTA BZ4X DI INDONESIA & THAILAND




Negara-negara terdekat lain seperti Indonesia dan Thailand telah pun menawarkan Toyota bZ4X dalam pasaran negara masing-masing setelah dilancarkan bulan lalu.


Model bZ4X untuk kedua-dua pasaran Indonesia dan Thailand ditawarkan dalam satu varian. Namun tampil dengan setup berbeza yang mana negara Thailand menerima model yang menggunakan dwi-motor bersama sistem pacuan semua roda (AWD) dan output 215 hp/337 Nm. Sementara itu Indonesia pula menggunakan motor tunggal dengan sistem pacuan roda hadapan (FWD) dan output 203 hp/266 Nm.



Pek bateri sama digunakan iaitu bateri litium-ion 71.4 kWh namun memberikan jarak perjalanan bercas penuh berbeza iaitu 500 km untuk model Indonesia dan 411 km untuk versi Thailand. 


Dari segi pengecasan, bZ4X menyokong kedua-dua input pengecasan AC sehingga 6.6 kW melalui port Type 2 dan DC sehingga 150 kW melalui port CCS2.


HARGA JUALAN




Harga jualan untuk pasaran Malaysia masih belum didedahkan namun di Thailand, model ini dijual pada harga  1.836 juta baht (RM235,242) dan di Indonesia pada harga  1.19 bilion rupiah (RM352,040). Harga jualan ini nanti akan turut membabitkan pengecualian duti import dan eksais yang ditawarkan sehingga 31 Disember, 2024 untuk EV CBU. 


Apakah spesifikasi dan harga jualan model ini di negara kita? Nantikan info terkini dengan mengikuti laman media sosial kami di Facebook!


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: Toyota bZ4X Dilancarkan Di Thailand & Indonesia – Malaysia Tidak Lama Lagi?

Baca: Mampukah Lexus Ini Mencabar Pesaingnya? 

Baca: Toyota Rancang Keluar 30 EV Menjelang 2030 Dan Lexus Bakal Jadi Jenama EV Mulai 2035

Baca: PM Tolak Mercedes-Benz, Lebih Selesa Guna Toyota Camry

Tag:

Toyota
UMWT
Toyota bZ4X
Kereta Elektrik
UMW Toyota Motor (UMWT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026