- Berita
- Berita Auto
- [VIDEO] Pecut Walau Lampu Merah! Perodua Axia Terbakar 100% Lepas Dirempuh
[VIDEO] Pecut Walau Lampu Merah! Perodua Axia Terbakar 100% Lepas Dirempuh
Kemalangan membabitkan sebuah Axia dan BMW 320i
Kerana tindakan meluru melanggar lampu isyarat, nyawa hampir melayang! Kejadian mendebarkan yang baru sahaja berlaku malam semalam ini membabitkan sebuah Perodua Axia dan dan BMW 320i di sebuah lampu isyarat di Jalan Sungai Ujong, Seremban.
Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, kejadian yang dilaporkan berlaku pada jam 10.45 malam itu telah menyebabkan sebuah Perodua Axia terbakar keseluruhan selepas berlanggar dengan BMW 320i yang tidak sempat mengelak.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu Perodua Axia seorang lelaki berusia 45 tahun sedang bergerak dari arah Petron Sungai Ujong menuju ke arah Hotel Time, Seremban seorang diri.

Saat-saat sebelum berlaku pelanggaran
“Apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu Perodua Axia terlibat telah bertindak mengabaikan lampu isyarat berwarna merah dari arah beliau lalu membelok ke kanan untuk masuk ke simpang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kemudian, BMW 320i yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian sisi sebelah kiri Perodua Axia tersebut.
Video kejadian yang dikongsikan di Facebook:
“Pelanggaran tersebut telah menyebabkan Perodua Axia itu berpusing lalu terbabas menaiki tembok tengah pembahagi jalan dan melanggar sebatang tiang lampu isyarat.
“Impak pelanggaran tersebut juga telah menyebabkan Perodua Axia terbakar keseluruhan,” katanya.
Kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kenderaan terbakar telah berjaya dipadamkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat yang hadir di lokasi kejadian,” katanya.
Kemalangan tersebut disiasat di bawah Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Sumber: Kosmo
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: 3 Remaja Belasan Tahun Maut Selepas Kereta Dibawa Terbabas
Baca: Anak 4 Tahun Ini Masih Belum Tahu Ibu, Ayah, Adik Maut Kemalangan
Baca: Pemandu Treler Bawa Muatan Lebih Punca Bayi Mati Rupanya Ada Banyak Kes Saman!
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv