- Berita
- Berita Auto
- Visi 'Move Your World': Pelanggan Toyota Akan Menerima Pengalaman Pemilikan Luar Biasa!
Visi 'Move Your World': Pelanggan Toyota Akan Menerima Pengalaman Pemilikan Luar Biasa!
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) berjaya mencapai jumlah keseluruhan jualan yang tinggi bagi kedua-dua jenama Toyota dan Lexus iaitu sebanyak 90,595 unit dalam tempoh 11 bulan sepanjang tahun ini. Peningkatan sebanyak 44% berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pencapaian kali ini membuktikan Toyota kekal sebagai jenama bukan nasional nombor satu Malaysia. Bagi bulan November, syarikat merekodkan peningkatan jualan sebanyak 23% dengan jualan sebanyak 10,442 unit Toyota dan Lexus, berbanding 8,847 unit dalam tempoh sama tahun lalu,
Bercakap kepada kira-kira 150 tetamu dalam majlis Toyota Move Your World Media Night baru-baru ini, Presiden UMWT, Ravindran K. berkongsi arah tuju baharu syarikat di negara ini berdasarkan visi terkini “Move Your World.”
Baca: Toyota bZ4X Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tahun Depan!
“Move Your World membuktikan kesedaran kami mengenai masyarakat mobiliti masa depan, dalam usaha untuk beralih daripada syarikat automobil kepada sebuah syarikat mobiliti. Pemilikan kenderaan akan menjadi lebih mudah berbanding sebelum ini, yang mana penghantaran akan dibuat ke pintu rumah, khidmat bantuan penyelenggaraan kereta yang holistik, pengurusan kos pemilikan yang lebih ringkas, dan sebagainya.
Kepelbagaian masyarakat menjadikan kebebasan memilih semakin bernilai, ini dicerminkan dalam tawaran baharu Toyota yang merangkumi kenderaan Hibrid-Elektrik [untuk] mengurangkan [pembebasan] karbon, kenderaan Bateri-Elektrik neutral karbon dan model prestasi GR. Kami akan mengumumkan butiran lanjut mengenai tawaran baharu ini pada 2023, jadi nantikan,” jelasnya.
Selaras dengan hala tuju penjenamaan terkini, Move Your World, Toyota telah menaik taraf laman web syarikat tersebut di negara ini supaya lebih mesra pelanggan dengan beberapa ciri baharu yang dapat meningkatkan tahap penglibatan atau engagement orang ramai melalui elemen pemperibadian yang dipacu oleh data.
Antara elemen menarik terkini yang dimasukkan di dalam laman web Toyota terbaharu ialah fungsi carian, pemperibadian laman utama, dan juga tetapan pengedar Toyota pilihan pengguna.
Baca: Toyota Umum 3 Model GR Akan Dilancar Pada Tahun Depan
Selain itu, turut diumumkan dalam majlis ini ialah strategi hijau Toyota melalui pengenalan model kereta Hibrid-Elektrik (HEV) iaitu Corolla Cross Hybrid Electric yang akan menjadi model HEV kedua Toyota pada tahun 2023 nanti.
PROMOSI AKHIR TAHUN TOYOTA
UMWT kini menawarkan promosi bayaran ansuran yang rendah bermula daripada RM498 bagi Toyota Yaris dan RM598 untuk Toyota Vios. Bagi varian tertentu kedua-dua model, turut ditawarkan promosi tambahan bernilai RM4,000!
Anda boleh melakukan pembelian di mana-mana bilik pameran Toyota atau layari Toyota Online Showroom untuk lebih info dan membuat tempahan.
Layari https://www.toyota.com.my/ atau hubungi Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Toyota Umum 3 Model GR Akan Dilancar Pada Tahun Depan
Baca: Toyota bZ4X Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tahun Depan!
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv