Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Edisi Terhad Mercedes-AMG SL63 Dengan Sentuhan Kereta Lumba F1 Petronas Diperlihatkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Mercedes-AMG baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran varian edisi terhad “Motorsport Collectors Edtion” bagi roadster SL63. Versi istimewa ini tampil dengan beberapa elemen visual unik yang diinspirasikan daripada Mercedes-AMG Petronas Formula 1 Team.


Seperti livery pasukan lumba 2021,  SL63 ini diwarnakan dengan cat metalik yang beralih daripada warna perak (silver) kepada hitam (obsidian black) di sudut belakang. Warna ini digabungkan dengan warna hijau Petronas pada sesetengah bahagian badan kereta bagi memberi kesan kontra kepada gaya keseluruhan kereta. Separuh belakang kereta juga terdapat ‘percikan’ logo Mercedes untuk mencerminkan kereta lumba W13 2021.





Gaya istimewanya disempurnakan lagi dengan pakej AMG Aerodynamics yang menampilkan flic lebih besar pada kedua-dua bahagian depan dan belakang kereta. Versi ini juga diberikan peresap (diffuser) yang lebih besar serta rekaan bawah badan (underbody) yang berbeza untuk aliran udara yang lebih baik.


Selain itu, terdapat banyak aksen berwarna hitam pada bahagian luar kereta yang diambil daripada AMG Night Package dan AMG Night Package II. Antara bahagian yang diberikan sentuhan warna hitam ini ialah gril krom hitam, kaliper brek berwarna gelap dan logo hitam. Rim yang digunakan pula ialah jenis aloi 10  jejari-kembar AMG 21 inci, serta bumbung fabrik hitam. 




Bergerak ke bahagian dalam, tempat duduknya dibalut oleh kulit Nappa hitam AMG Performance dengan jahitan sama ada merah atau kuning. Tempat rehat kepalanya lengkap dengan logo AMG. Ciri lain ialah kemasan gentian karbon, sistem audio Burmester, paparan-di-kepala (HUD) serta sistem telemetri  AMG Track Pace.


Sudah semestinya, rekaan ini sesuai dengan prestasi yang mampu dicapai trenkuasa SL63 AMG ini. Roadster ini dijana oleh enjin turbo-kembar V8 4.0L AMG yang dibina dengan tangan. Output maksimumnya ialah 585 hp/800 Nm yang memberikan kereta kemampuan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 3.6 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 315 km/j. 




Menurut Mercedes-AMG, hanya 100 unit SL63 Motorsport Collectors Edition dihasilkan tanpa mendedahkan harga jualannya. Setiap pembelian didatangkan bersama penutup kereta indoor yang diperbuat daripada fabrik sintetik yang tidak akan koyak serta lapisan anti-statik pada bahagian dalam untuk melindungi kenderaan dengan lebih baik daripada debu dan calar. 


Apakah pendapat anda mengenai roadster SL63 AMG keluaran terhad ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah.



Tag:

MERCEDES BENZ
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga

CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…

27-03-2023
Berita Auto

Aston Martin Bangunkan Teknologi Infotainmen Sendiri, Tinggalkan Sistem COMAND Mercedes

Aston Martin akan memperbanyakkan lagi produk keluaran syarikatnya termasuk pengenalan barisan kereta sport.

13-03-2023
Berita Auto

Pemilik Mercedes-Benz Dapat Rasai Pengalaman Mewah Menerusi Acara "Mercedes-Benz Star Experience".

Pengedar terkemuka untuk Mercedes-Benz di Malaysia, Cycle & Carriage (C&C) menganjurkan acara eksklusif, Mercedes-Benz Star Experience di Autohaus Cycle & Carriage di Johor Bahru baru-baru ini.

09-03-2023
Berita Auto

Kereta Terbakar, 4 Nyaris Rentung

Empat individu terselamat apabila kereta Perodua Axia dinaiki mereka terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 3, Jambatan Pulau Pinang semalam.

24-02-2023
Berita Auto

Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?

Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.

12-01-2023
EV

Mercedes Bina Rangkaian Pengecasan 350kW, Sasar 10K Pengecas Menjelang 2030 Seluruh Dunia!

Mercedes-Benz telah mengumumkan bahawa ia akan mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Amerika Utara, Eropah, China dan pasaran utama yang lain.

08-01-2023
Berita Auto

Ibu, Anak Terkorban!

Seorang wanita bersama bayinya yang berusia tiga bulan maut dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

12-10-2022
Global

Kemalangan Ngeri, BMW Nafi Babitkan Teknologi Pandu Sendiri

Kemalangan maut melibatkan empat buah kenderaan di lebuh raya Jerman.

17-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Projek NPE2 Siap 2029, Bakal Kurangkan Kesesakan Di Pantai Dalam, Bangsar, Mahameru

Projek Sambungan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE2) siap sepenuhnya pada tahun 2029, nanti.

12-11-2025
Berita Auto

Peraturan 78 Dimansuh, Cara Pengiraan Faedah Bagi Pinjaman Kadar Tetap Kereta

Penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Sewa Beli (Pindaan) 2025 yang akan merombak cara pengiraan faedah bagi pinjaman kadar tetap kereta, bakal melegakan peminjam.

12-11-2025
Berita Auto

Syarikat Bas Operasi Di 1 Terminal, Ini Penjelasan MOT

MOT menegaskan pihaknya tidak pernah memaksa mana-mana syarikat bas untuk beroperasi dari terminal tertentu sahaja.

12-11-2025
Berita Auto

Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.

12-11-2025
Berita Auto

Berita Baik Untuk Orang Sarawak: Lebuh Raya Trans Borneo Bermula 2026

Pembinaan sebahagian jajaran jalan sepanjang 4.95 kilometer (km) bagi Projek Lebuh Raya Trans Borneo (LTB) akan dilaksanakan pada suku pertama tahun depan.

12-11-2025
Berita Auto

Tak Sampai Sebulan Dilancar, Proton e. MAS 5 Terima Lebih 10,000 Tempahan

Proton e.MAS 5 yang baru sahaja dilancarkan berjaya menarik minat rakyat Malaysia kerana sudah menerima 10,000 tempahan setakat 30 Oktober lalu.

11-11-2025
Berita Auto

SAH! EV Perodua Bakal Dilancar AKhir Bulan Ini

Peluncuran Perodua EV baharu kali ini dijadikan sebagai satu agenda nasional yang besar.

11-11-2025
Berita Auto

Jangan Risau, Jalan Masjid India, KL Selamat! Kerja Pembaikan Sudah Dilaksana

Kerja-kerja pembaikan permukaan jalan sudah dilaksanakan dan siap, semalam.

11-11-2025