Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rosak Lagi, Tapi Baik Pulih LRT Laluan Kelana Jaya Sudah Selesai

Suhana Veru

Kongsi melalui


Laluan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya buat hal lagi semalam apabila operasinya tergendala ketika orang ramai pulang dari tempat kerja namun Rapid Rail mengesahkan bahawa operasinya telah kembali pulih.

Kali ini, punca kejadian disebabkan gangguan suis di landasan terbabit. 

Rapid Rail berkata, fungsi suis landasan itu adalah membolehkan tren menukar laluan dari satu landasan ke landasan bersebelahan.


"Pasukan teknikal telah dikerah sejurus gangguan berlaku bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih. Pihak operasi telah mengaktifkan pelan laluan alternatif dengan menggunakan satu landasan.

“Pasukan teknikal telah dikerah sejurus gangguan berlaku bagi menjalankan kerja-kerja baik pulih. Pihak operasi telah mengaktifkan pelan laluan alternatif dengan menggunakan satu landasan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.


Bagaimanpun kejadian pertama yang berlaku pada jam 4.24 petang semalam, menyebabkan tren terpaksa dipandu secara manual di antara Stesen KL Sentral dan Stesen Pasar Seni, manakala gangguan kedua telah berlaku di antara Stesen Damai dan Stesen Dato' Keramat pada jam 5.26 petang.

Malah, bagi mengurangkan kesesakan di stesen, pihaknya telah menyediakan bas perantara secara percuma.

Di sebalik insiden itu, pihak Rapid Rail memohon maaf kepada penumpang yang mengalami kesulitan.

Untuk makluman anda, sepanjang tahun lalu sahaja, laluan Kelana Jaya mengalami masalah hampir 13 kali disebabkan pelbagai masalah.


Bagi merasai sendiri pengalaman menaiki perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengadakan tinjauan secara mengejut di  LRT laluan Kelana Jaya pada tahun lepas.


Susulan itu, Anthony Loke memberi jaminan bahawa LRT laluan Kelana Jaya dijangka pulih sepenuhnya dan beroperasi pada kapasiti penuh dengan 48 set keretapi menjelang suku ketiga 2023.

Gallery

Tag:

LRT Kelana Jaya
Rapidrail
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

LRT Kelana Jaya Meragam Lagi, Ribuan Pengguna Terkandas

Penumpang disarankan menggunakan laluan alternatif lain.

18-05-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Dijangka Pulih Sepenuhnya. - Anthony Loke

LRT bagi laluan Kelana Jaya dijangka pulih pada tahun hadapan.

08-12-2022
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Pengguna Kecewa

Rata-rata pengguna LRT mengeluh apabila LRT laluan Kelana Jaya buat hal lagi, awal pagi tadi.

07-12-2022
Berita Auto

Menteri Menyamar Jadi Penumpang LRT Sebab..

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke meninjau perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya, petang tadi.

06-12-2022
Berita Auto

[DIKEMASKINI] Perkembangan Terkini Isu LRT Laluan Kelana Jaya

Perkembangan terkini isu LRT laluan Kelana Jaya.

13-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026