Link Copiedcheck_circle
EV

Stesen Pengecas GO TO-U EV Dibuka Di Cyberjaya, Cas Percuma Hingga 31 Jan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui




Cyberview Sdn. Bhd. (Cyberview) dan Roda Emas Industries Sdn. Bhd. (REISB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman untuk membangunkan ekosistem Mobiliti Pintar di Cyberjaya. Ekosistem yang akan diwujudkan bersama itu nanti akan tertumpu kepada pembangunan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan hab gaya hidup GO TO-U EV.


Mobilti Pintar ialah salah satu aspek yang menjadi fokus dalam kerjasama ini bagi mencapai matlamat menjadikan Cyberjaya sebagai hab teknologi global seperti yang telah diperincikan dalam pelan induk Cyberjaya, dalam masa yang sama, dapat mengurangkan pembebasan karbon dioksida demi mewujudkan bandar yang lebih lestasi. 




Kedua-dua syarikat akan saling memanfaatkan kekuatan, pengetahuan, rangkaian dan keupayaan yang dimiliki dalam membangunkan ekosistem ini yang berpotensi untuk diperluas di pelbagai lokasi lain di Malaysia. 


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad berkata, “Malaysia komited sepenuhnya untuk menjadi bahagian penting dalam peralihan global kepada karbon rendah, dan mencapai sasaran pelepasan sifar GHG bersih menjelang 2050.”




Tambahnya, ​​"Untuk menyokong pertumbuhan EV semasa dan masa depan dari segi infrastruktur pengecasan, peraturan dan piawaian sedang dikemas kini untuk memastikan keselamatan premis ini.”


Beliau mengesyorkan agar semua pengendali pusat pengecasan yang terlibat dalam membangunkan infrastruktur untuk mengecas EV di negara ini untuk  mendapatkan lesen awam  yang sah bagi pemasangan sistem pengecasan EV selewat-lewatnya 31 Mac tahun ini.




Sehingga kini, terdapat 17 stesen pengecasan di Cyberjaya yang digunakan oleh lebih daripada 500 pengguna EV, ini sekaligus telah mengurangkan lebih daripada 54,000 kg pelepasan gas karbon dioksida. 


Hab pengecasan Go To-U yang kini terdapat di Cyberview menempatkan dua unit pengecas pantas DC Star Charge yang menyalurkan kuasa 60 kW. Kesemua pengecas di fasiliti ini ditawarkan secara percuma (dengan kuasa yang direndahkan kepada 30 kW) hingga penghujung Januari. Untuk makluman, setiap unit pengecas di sini didatangkan dengan dua sambungan CCS2 yang membolehkan empat EV dicas serentak. 




Pengarah Urusan REISB, Izuan Hafiz berkata, “REISB berada di garisan hadapan untuk menggalakkan penggunaan EV dengan menyediakan Peralatan Bekalan EV yang selamat dan boleh dipercayai. Kami menyasarkan negara ini akan mempunyai 10,000 stesen pengecas awam di seluruh Malaysia menjelang 2025.”


Baca: NanoMalaysia Laksana Projek Rintis Pengecas EV Berkonsep Hijau

Baca: Stesen Penukaran Bateri Motosikal EV Blueshark Kini Di Malaysia!

Baca: Gentari-EVC Pengecas EV Pertama Terima Lesen Pengagihan Awam, Caj Ikut Jumlah Kilowatt Bukan Masa

Baca: Perhatian! Semua CPO Perlu Ada Lesen Sebelum 31 Mac Depan




Tag:

Kenderaan Elektrik
pengecas
Pengecas EV
GO TO-U EV Lifestyle Hub
Cyberview Sdn. Bhd.
Roda Emas Industries Sdn. Bhd.
Cyberview
REISB
Pengecas Kenderaan Elektrik
GO TO-U EV
Cyberjaya
Mobiliti Pintar
smart mobility
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Semakin Ramai 'Lembut Hati' Beralih Kepada EV, Tetapi Cukupkah Infrastruktur EV Malaysia?

Semakin ramai orang mula ‘berlembut hati’ untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun adakah negara kita benar-benar bersedia untuk menampung pengunaan EV secara besar-besaran? Ini kupasannya…

24-11-2025
EV

Struktur Cukai Baharu Lebih Adil Untuk Pemilik Kenderaan Elektrik

Sebaik tempoh pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) ditamatkan sehingga akhir 2025, pengguna EV di Malaysia akan mula dikenakan cukai dengan struktur baharu yang dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2026.

30-09-2025
EV

Nisbah Pengecas EV Malaysia Lebih Baik Daripada Thailand, Tetapi...

Nisbah pengecas dan EV di Malaysia di tahap yang sihat. Ini kupasannya...

22-07-2025
EV

Nissan Micra Generasi Keenam: EV Cecah 408 KM, Kembar Renault 5

Nissan akhirnya memberikan nafas baharu dengan perubahan radikal terhadap model kompaknya, Micra, yang kini muncul dalam versi EV.

23-05-2025
EV

Mazda 6e Bakal Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Pasaran Seterusnya?

Baru-baru ini, Mazda mengumumkan bahawa Mazda 6e, yang dikenali sebagai EZ-6 di China, bakal memasuki pasaran Thailand.

19-02-2025
EV

Sasaran EV Johor 2030: 15,840 EV & 1,245 Stesen Pengecas

Kerajaan Negeri Johor kini menetapkan sasaran untuk mewujudkan sejumlah 1,245 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dan memiliki lebih 15,000 unit EV berdaftar.

14-02-2025
Berita Auto

BMW Group Perlukan Dasar EV Jelas Daripada Kerajaan

BMW Group Malaysia menekankan pentingnya sokongan kerajaan untuk memacu industri kenderaan elektrik (EV) yang dipasang secara tempatan (CKD).

26-11-2024
EV

Kos Baiki EV Terlibat Kemalangan Lebih Tinggi Dari Enjin Biasa? Kenapa?

EV mungkin lebih murah untuk diselenggara, namun kos baik pulih selepas kemalangan adalah jauh lebih tinggi berbanding ICE. Benarkah?

14-08-2024

Berita Terkini

EV

EU Bakal Keluarkan Draf Untuk Kurangkan Kos Bagi Hasilkan EV Kompak Murah Demi Saingi Kereta China

Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan akan mewujudkan klasifikasi untuk kenderaan elektrik (EV) yang lebih mampu milik, untuk menyaingi harga yang ditawarkan oleh pengeluar kereta China, ketika ini.

15-12-2025
EV

Operasi CKD XPeng Bakal Berlaku, Rundingan Dengan EPMB Melaka

XPeng mengesahkan bahawa syarikatnya kini sedang mengadakan rundingan dengan EP Manufacturing Bhd (EPMB) untuk memulakan pemasangan kenderaan elektrik secara tempatan (CKD) secara besar-besaran di Malaysia bermula tahun 2026.

14-12-2025
EV

Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar

Sebuah prototaip yang dipercayai Proton e.MAS 7 versi plug-in hybrid (PHEV) didedahkan sempena Proton Tech Showcase 2025.

05-12-2025
EV

Perodua QV-E BaaS:, Ramai Yang Keliru, Ini Butirannya

Skim pajakan bateri Perodua QV-E dijelaskan dengan lebih terperinci untuk memudahkan para pembeli.

01-12-2025
EV

Jadi Yang Terawal Beli EV 100% Nasional, Perodua QV-E Di 9 Pusat Jualan Ini

Perodua QV-E (BEV) kini rasmi di pasaran pada harga RM80K dengan bateri LFP 52.5 kWj. Ini dia 9 pusat jualan EV Perodua yang sah di serata Malaysia.

01-12-2025
EV

Betul Ke EV Lagi Murah? Ini Analisis Kos Pemilikan Proton e.MAS 5 Selama 10 Tahun!

Proton e.MAS 5 tawarkan EV termurah Malaysia (Harga OTR RM59,800). Kami bedah kos sebenar: Jimat RM30,000 berbanding kereta petrol dalam 10 tahun, selain teknologi V2L dan ADAS penuh.

01-12-2025
EV

Tular: EV Pertama Perodua Bakal Dilancar 1 Dis Ini

Kenderaan elektrik pertama Perodua dikatakan akan dilancarkan secara rasminya pada 1 Disember ini.

29-11-2025
EV

Yinson GreenTech & PDT Bersatu Percepat Revolusi Mobiliti Elektrik di Johor

Yinson GreenTech, melalui anak syarikatnya, penyedia kenderaan elektrik (EV) sewa, drivEV, telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Permodalan Darul Ta’zim (PDT) dalam usaha memajukan matlamat mobiliti hijau di negeri Johor.

26-11-2025