Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiket Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023 Diskaun 10%! Ini Dia Maklumat Terperinci Acara Permotoran Terbesar Dunia...

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Berita gembira bagi peminat kereta! Acara permotoran terbesar, Tokyo Auto Salon 2023 bakal diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Jun nanti. Acara tersohor ini bakal diadakan buat julung kalinya di Malaysia pada 9-11 Jun ini di Hall 2-4, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).


Bagi yang bercadang untuk menghadiri acara Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023, bayaran kemasukan kini ditawarkan pada harga lebih rendah dengan diskaun sebanyak 10%.


"Bayaran masuk berharga RM40/hari dan tiket boleh didapati secara online. Mereka yang membeli sebelum hari acara akan menikmati diskaun 10%. Butiran pembelian tiket akan diumumkan dalam masa terdekat," memetik kenyataan rasmi penganjurnya.


Antara kereta yang dipamerkan semasa Tokyo Auto Salon yang diadakan di Singapura pada tahun 2013 (Sumber foto: Hawk 'n' Poke | Charles J)


Pengumuman mengenai kedatangan pameran ini di Malaysia dibuat selepas majlis penandatanganan memorandum persefahaman penganjuran antara  San Ei Corporation dan penganjur,  MUSE Group  diadakan di Tokyo. 



Sebelum ini, MUSE pernah menganjurkan Tokyo Auto Salon di Singapura pada tahun 2013 yang berjaya menarik lebih 70,000 pengunjung. 




CEO MUSE Group, Riduwan Matni berkata, “Kami berbesar hati kerana berjaya mendapatkan lesen eksklusif Tokyo Auto Salon dan ia merupakan satu penghormatan untuk disenarai pendek oleh San Ei Corporation, pemilik harta intelek Tokyo Auto Salon, untuk menjadi rakan kongsi mereka di luar negara Jepun. Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur akan menjadi satu-satunya francais berlesen secara langsung di bawah jenama itu di dunia.”


Bagi Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023  yang akan diadakan nanti, para pengunjung dapat menyaksikan pelbagai kereta berkonsep unik dan menarik dipamerkan. 


Info Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023:

Tarikh: 9-11 Jun 2023 (Jumaat-Ahad)

Waktu: 10 pagi-10 malam

Lokasi: Hall 2-4, Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC)

Harga tiket: Normal RM40 (Nota: Kini ditawarkan dengan diskaun 10%)


Jangan lupa ‘lapangkan’ jadual sepanjang acara ini dilangsungkan nanti ya!



Tag:

MITEC
Tokyo Auto Salon
Tokyo Auto Salon 2023
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2023
Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia
diskaun tiket
Pameran Kereta
pameran auto
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Perodua Myvi Kini Sedia Untuk Perlumbaan Ketahanan Sepang 1000KM 23-26 Nov Ini

Myvi S1K 2023 telah dilancarkan secara rasmi di acara IAM-MIME 2023.

29-10-2023
Berita Auto

IAM-MIME 2023 Kini Berlangsung Hingga 29 Okt – Hampir 300 Kereta Modifikasi!

International Modified (IAM) KL and Malaysia International Motor Expo (MIME) 2023 kini sedang berlangsung di MITEC. Apa yang menarik?

27-10-2023
EV

[GALERI] Ekspo EVM Asia 2023: Pameran Mobiliti Hijau Meriahkan Acara

Suasana sekitar Ekspo EV Antarabangsa, Teknologi Mobiliti, Alat Ganti dan Komponen 2023 (EVM Asia 2023).

21-09-2023
Berita Auto

EVM ASIA 2023: Pameran EV Terbesar Malaysia, Lebih 200 Syarikat, 19-21 Sept Ini

Pameran EVM ASIA 2023 edisi kedua bakal berlangsung di MITEC.

27-07-2023
Berita Auto

MMM Tayang 2 Kereta, Boleh Pandu Uji

Jom meriahkan Tokyo Auto Salon 2023 tapi jangan sentuh kereta pameran.

09-06-2023
Berita Auto

MMM Tayang 2 Kereta, Boleh Pandu Uji

Jom meriahkan Tokyo Auto Salon 2023 tapi jangan sentuh kereta pameran.

09-06-2023
Berita Auto

Jom Saksi Modifikasi Kereta Kreatif & Radikal Di Tokyo Auto Salon KL

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur yang pertama kalinya diadakan di negara ini telah membuka tirainya secara rasmi.

10-06-2023
Berita Auto

Kali Pertama Tokyo Auto Salon Diadakan Di M'sia, Jangan Tak Singgah!

Buat julung kalinya, Tokyo Auto Jepun akan diadakan di Pusat Pameran & Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur bermula 9 hingga 11 Jun ini.

22-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026