Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

ETCM Tawar Penjimatan Tetapi Hanya Untuk Model Terpilih

Suhana Veru

Kongsi melalui


Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan pakej promosi istimewa Fall In Love At First Deal  termasuk diskaun penjimatan sehingga RM10,500.

Bagaimanapun, promosi itu hanya ditawarkan untuk beberapa model terpilih.

Misalnya, untuk model Nissan X-Trail Black Edition, ia  didatangkan dengan pakej pelbagai aksesori menarik dimana ia merangkumi:

Kit badan Tomei Aerokit berwarna hitam.

Rim aloi 17 inci berwarna Gloss Black

Kemasan dalaman yang dibalut kulit di papan pemuka 

Tempat duduk dibalut dengan material kulit Nappa berwarna coklat


Untuk mendapatkan pakej di atas, para pelanggan hanya perlu membuat bayaran tambahan sebanyak RM1,000.

Malah, pelanggan yang membeli X-Trail pada bulan ini juga dikatakan layak menerima bayaran ansurans khas sebanyak  RM1,318 sebulan. 

Bagaimanpun, semuanya tertakluk kepada terma dan syarat.


Sementara itu, bagi pembeli Nissan Serena pula, mereka  boleh menikmati rebat 100 peratus cukai jualan namun jika membuat bayaran tambahan RM1,000, mereka akan menerima balutan kulit tiruan untuk semua barisan tempat duduk serta filem Ice Cool Tinting.

Bagi pembeli trak pikap, Nissan Navara, mereka pula boleh menjimatkan wang sehingga  RM9,950 untuk pakej Protection.

Selain itu, Nissan Almera turut menawarkan pakej kit badan Tomei Aero Package pada harga tambahan RM1,000.

Bagi yang berminat untuk membeli kereta Nissan, anda boleh melayari laman sesawang di https://nissan.com.my/onlineshowroom/.



Gallery

Tag:

nissanalmera
nissanxtrail
nissannavara
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tak Sampai 24 Jam, Semua Suspek Dah Kena Cekup Polis

Suspek pecah cermin, cuba samun juruteknik ditahan polis.

08-08-2024
Berita Auto

Tahun Baharu Cina, ETCM Tawar Penjimatan Hebat

Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan The Most Exciting Ang Pow Yet dengan penjimatan sehingga RM9,950 bagi pembelian kereta Nissan.

13-01-2023
Berita Auto

Tahun Baharu Cina, ETCM Tawar Penjimatan Hebat

Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan The Most Exciting Ang Pow Yet dengan penjimatan sehingga RM9,950 bagi pembelian kereta Nissan.

13-01-2023
Berita Auto

Tahun Baharu Cina, ETCM Tawar Penjimatan Hebat

Sempena ketibaan Tahun Baharu Cina, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan The Most Exciting Ang Pow Yet dengan penjimatan sehingga RM9,950 bagi pembelian kereta Nissan.

13-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Pemanduan Ke Segamat Bakal Jadi Lebih Laju! EXCO Sahkan Laluan Pintas Siap 2027

Projek jalan pintas yang menghubungkan Muar, Tangkak dan Segamat ddijangka siap pada Februari 2027.

22-04-2026
Berita Auto

Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan

Langkah Proaktif Perodua: Latih Jurutera Masa Hadapan' bersama UTM demi ekosistem xEV.

22-04-2026
Berita Auto

Setiap Saat RM2,300 'Terbakar' Demi Subsidi

Setiap saat kita bakar RM2,300 untuk subsidi bahan api, beban kerajaan semakin berat.

22-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto

Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka

Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.

22-04-2026
Berita Auto

Negara Minyak Tapi Import Minyak? Ini Realiti Pahit Krisis Tenaga Kita

700,000 Tong Sehari: Ini penjelasan terperinci.

21-04-2026
Berita Auto

Raya Punya Penangan: Jualan Kereta Mac Melonjak

Jualan kereta Mac 2026 melonjak 21%, industri automotif kembali berdarah panas.

21-04-2026
Berita Auto

Cameron Highlands Dilanda Banjir Kilat

Hujan lebat 2 jam cetus aliran lumpur di Habu Heights, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

21-04-2026