Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tak Sampai 24 Jam, Semua Suspek Dah Kena Cekup Polis

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tular satu klip video di internet yang menunjukkan sekumpulan lelaki cuba menyamun seorang pemandu Toyota Estima di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) dekat Subang Jaya, Selangor, kelmarin.

Namun usaha penjenayah itu gagal kerana pemandu Estima agak licik kerana tidak memberhentikan kenderaannya sebaliknya bertindak memecut laju sebaik melihat salah seorang daripada mereka menggunakan kayu dan memecahkan cermin hadapannya.

Menerusi klip video itu, kelihatan mangsa yang bekerja sebagai juruteknik baru keluar dari stesen minyak sebelum sebuah motosikal dan kereta berwarna hitam berhenti di hadapannya.

Penunggang motosikal itu dilihat menghalang Estima terbabit sebelum dia mengambil sebatang kayu dari kenderaan rakan-rakannya yang juga cuba menghalang pemandu Estima namun tidak berjaya. 

image.pngimage.png

Bagaimanapun, tidak sampai 24 jam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sudah pun mengesahkan semua suspek berusia antara 30 hingga 41 tahun itu ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, polis membuat siasatan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki mendakwa dihampiri empat lelaki bersenjatakan kayu pada jam 1.37 pagi semalam.

"Suspek yang menunggang motosikal menghalang dengan berhenti di hadapan kenderaan pengadu lalu menghayunkan kayu ke arah cermin kenderaan sehingga pecah.

"Bertindak atas maklumat, pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya yang menjalankan siasatan berjaya menahan empat suspek secara berasingan pada jam 5.30 petang hari sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata, polis turut merampas sebuah kereta jenis Nissan Almera, motosikal Yamaha LC135 dan enam telefon bimbit.

Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk dadah.


Gallery

Tag:

Shah Alam Expressway (KESAS)
nissanalmera
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026