- Berita
- Berita Auto
- Harga Minyak Mingguan: 9 - 15 Februari 2023

Bermula hari ini hingga 15 Februari, Kementerian Kewangan mengumumkan harga petrol dan diesel tidak berubah sepanjang tempoh itu.
Untuk itu, RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).
Menurut Kementerian Kewangan, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.
“Harga petrol dan diesel masih dikekalkan walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/