Link Copiedcheck_circle
Global

Para Pengunjung Berpeluang Menyaksikan Pelbagai Model Ferrari Di Pameran "Game Changers".

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sejak ditubuhkan, syarikat pengeluar kereta jenama Itali, Ferrari mahu memfokuskan arah masa depan dan inovasi seperti mana yang didorong pengasasnya.

Malah, sejak kereta pertama Ferrari 125 S pada tahun 1947 yang dikuasakan dengan enjin 1,500 cc V12 diperkenalkan, ia sudah melakar sejarah.

Susulan itu, ia telah meninggalkan kesan yang besar dalam dunia automotif.

Bagi mengimbau kembali kejayaan syarikat itu,  Ferrari  membuka pameran Game Changers di Museo Enzo Ferrari, Modena baru-baru ini.

Di situ, para pengungjung boleh menyaksikan sejumlah besar pelbagai jenis model Ferrari.


Kebanyakan model itu dilengkapi dengan rekaan futuristik, teknologi paling inovatif yang diguna pakai dalam persaingan dan kereta GT, termasuk daya prestasinya yang disampaikan oleh penyelidikan dan pembangunan.

Pameran itu dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu reka bentuk, teknologi dan prestasi.


Bagi bahagian reka bentuk,  pengunjung boleh  menyaksikan model 375 MM yang direka oleh Pinin Farina pada tahun 1952.

Malah pameran itu turut menayangkan model pertama Barchetta dengan badan aluminium iaitu 166 MM.


Sementara itu, kategori teknologi pula, Ferrari menayangkan model 400 Automatic, yang merupakan model Grand Tourer 2+2 dengan transmisi automatik pertama pada tahun 1976.

Ia turut menayangkan jentera single-seater pertama Ferrari yang dilengkapi dengan transmisi elektrohidraulik.

Akhir sekali ialah kategori prestasi di mana para pengunjung berpeluang mencuci mata di bilik pameran itu kerana terdapat jentera berprestasi seperti 365 GT4 BB 1973, model GT berlinetta dengan mid-engined V12 180 darjah pertama.


Selain itu, terdapat juga model pertama Ferrari yang dihasilkan khusus untuk kegunaan litar, iaitu Ferrari FXX 2005 termasuk Purosangue yang merupakan SUV pertama syarikat Prancing Horse.

Apa yang cukup menarik ialah pameran Game Changers ini akan diadakan selama setahun bermula dari 18 Februari 2023 sehingga 17 Februari 2024.


Tag:

Ferrari
ferrari grand tourer
ferrari GT
Ferrari 125 S
Ferrari FXX 2005
Ferrari Purosangue
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta

Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.

29-10-2025
EV

Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas

Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’.

10-10-2025
Berita Auto

VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan

Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.

25-09-2025
Berita Auto

OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans

JPJ menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.

11-08-2025
Global

Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Selepas hampir tiga tahun sejak pelancaran Ferrari 296 GT3, kereta lumba ini kini tiba dalam versi terbaru, Ferrari 296 GT3 Evo.

01-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025
Global

Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Ferrari 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi.

17-06-2025
Berita Auto

Ferrari Lesap Dari Car Wash, Polis Tahan 6 Individu

Anak penyanyi antara enam individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan supercar jenis Ferrari di sebuah pusat cuci kenderaan di Hulu Kelang, Ampang.

27-11-2024

Berita Terkini

Global

Geely Starry EM-i Catat Rekod Dunia – Jimat Minyak, Hanya 3.83L/100 KM!

Gergasi automotif China, Geely Auto, secara rasmi telah ‘memahat’ nama dalam Guinness World Record selepas model Starray EM-i berjaya menamatkan pemanduan pesisir pantai dari Sydney ke Melbourne.

17-12-2025
Global

Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025

Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.

16-12-2025
Global
Global

Terbesar Di Dunia: Geely Buka Pusat Ujian Keselamatan Terbesar Dunia Di China

Geely Auto Group telah membuka secara rasminya, Pusat Ujian Keselamatan terbesar di dunia di Hangzhou Bay, Zhejiang, China, baru-baru ini.

15-12-2025
Global

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025
Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025