Link Copiedcheck_circle
EV

Pengecas Percuma Kereta Elektrik MINI Dibuka Di Gurney Plaza, Pulau Pinang

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Auto Bavaria, rangkaian pengedar sah BMW, BMW Motorrad dan MINI yang terbesar di Malaysia telah melancarkan pembukaan fasiliti pengecasan MINI di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Fasiliti ini merupakan kemudahan pengecasan MINI pertama di utara semenanjung Malaysia. 


Bertempat di tingkat 6 parkir pusat membeli-belah Gurney Plaza, di fasiliti ini tersedia tiga pengecas Wallbox ‘Mini Gen 3’ 22 kW yang boleh digunakan untuk mengecas kenderaan elektrik (EV) dah hibrid plug-in (PHEV). 





Menurut Auto Bavaria, akses kepada pengecas baharu ini cukup mudah kerana pengguna hanya perlu menyambungkan EV atau PHEV mereka untuk memulakan pengecasan. Wallbox ini boleh digunakan secara percuma semasa waktu operasi pusat membeli-belah Gurney Plaza iaitu dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. 


Baca: BMW Malaysia Umum Harga Terkini Tahun 2023: EV iX Kini Naik RM24K, M3 Naik RM30K




“Gurney Plaza ialah lokasi yang ideal untuk fasiliti pengecasan kami memandangkan ia sebuah pusat membeli-belah terkenal yang terletak di lokasi strategik iaitu di tengah-tengah Pulang Pinang, menjadikan lokasinya sesuai untuk pengguna EV mengecas kenderaan mereka semasa keluar membeli-belah,” ujar Pengarah Urusan Sime Darby Auto Bavaria, Vi Thum Juan. 


Tambah Vi, fasiliti pengecasan ini disediakan untuk memudahkan pemilik Mini Electric yang dibeli dari Auto Bavaria Penang. Lebih 30% penghantaran yang dibuat Auto Bavaria Penang terdiri daripada model ini sepanjang tahun 2022. 




“Fasiliti pengecasan khas MINI di Gurney Plaza ini diwujudkan bertujuan untuk menyokong permintaan terhadap EV yang kian bertambah serta memperbanyak akses pengecasan awam di negeri-negeri utara,” sambung Vi. 


Pengurus Besar, Pengurusan Pusat Beli-Belah, CapitalLand Investment, Peter Chan berkata, pemasangan fasiliti pengecasan MINI ini menjadikan Gurney Plaza kini memiliki sejumlah empat pengecas termasuk tiga daripada MINI. 






Tag:

Gurney Plaza
PHEV
Kenderaan Elektrik
Kereta Elektrik
pengecas
Pengecas EV
Stesen Pengecasan
Mini Gen 3
Auto Bavaria
Hibrid Plug-In
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Nak Tengok Kereta Smart? Jom Ke Gurney Plaza, Mana Tahu Berkenan

smart Malaysia mengadakan Jelajah smart Tour untuk mempamerkan kenderaan smart #1 dan #3 di Gurney Plaza, Pulau Pinang bermula hari ini.

04-09-2024
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Kini Di Pusat Beli-Belah Penang & JB

Bilik pameran BYD di kawasan utara dan selatan kini telah dibuka.

28-06-2023
Berita Auto

2025 Fasa Kebangkitan EV, 2026 Pula Fasa 'Realiti' – Permintaan EV Mula Perlahan?

Tahun 2025 mungkin akan diingati sebagai tahun kebangkitan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, namun 2026 pula bakal menjadi tahun realiti.

30-01-2026
EV

Dari Jan-Nov 2025, 5,360 Pengecas EV Sudah Dipasang Di Malaysia

Sepanjang Januari hingga November lalu, sebanyak 5,360 unit pengecas kereta elektrik (EV) awam sudah dipasang di Semenanjung Malaysia.

22-12-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.

09-12-2025
Berita Auto

Proton e.MAS 7 PHEV Cecah 1,420 KM Bakal Tiba? – Jadi Tumpuan Di Proton Tech Showcase 2025

Proton sahkan rancangan untuk memperkenalkan e.MAS 7 PHEV. Dikhabarkan menggunakan platform GEA dengan kuasa 330 PS dan jarak perjalanan mencecah 1,420 km.

03-12-2025
Kereta Baru

Tempahan Chery Tiggo 7,8 CSH Sudah Dibuka, Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi

Chery Malaysia akhirnya telah membuka tempahan untuk dua model terbaharunya, Chery Tiggo 7 dan 8 CSH, baru-baru ini.

26-09-2025
Global

BYD Seal 5 DM-i PHEV Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

BYD mengukuhkan kehadirannya dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) di Asia Tenggara dengan pelancaran model BYD Seal 5 DM-i di Thailand.

13-08-2025

Berita Terkini

EV

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026