Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perhatian! Anda Sudah Tidak Perlu Pamer Cukai Jalan!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebelum ini, pemilik kereta wajib mempamerkan cukai jalan.

Perhatian buat rakyat Malaysia. Bermula hari ini, kenderaan persendirian sudah tidak perlu mempamerkan cukai jalan di cermin hadapan kereta.

Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook pada satu sidang akhbar di ibu negara pagi tadi.

Difahamkan, ia adalah usaha Kementerian Pengangkutan untuk mendigitalkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya bagi lesen kenderaan bermotor dan lesen memandu.


Pelekat cukai jalan.

“Berdasarkan Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan, yang menyatakan lesen kenderaan bermotor mesti disangkut dan dipamerkan pada kenderaan, tidak akan dikuatkuasakan lagi.


ANTHONY.

“Ini akan dilakukan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal milik rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sebelum ini, rata-rata Malaysia mengadu mengenai sticker cukai jalan cepat rosak dan tidak berkualiti. Malah ada juga pelekat cukai jalan baharu sudah terkoyak atau rosak sebelum dilekatkan di cermin kenderaan masing-masing.


Pelekat cukai jalan mudah tercabut.

Bukan itu sahaja, jika ingin membuang pelekat cukai jalan dari cermin kereta juga kadang-kadang ia terkoyak dan melekat di cermin.

Mengambil kira masalah itu, pihak kementerian pengangkutan akhirnya mengotakan janjinya untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan menukarkannya kepada sistem digital.

Apa pula pandangan anda mengenai langkah terbaharu ini?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!


Gallery

Tag:

JPJ, PDRM
Royal Malaysian Police (PDRM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

Jangan Salah Faham Mengenai Denda Cermin Gelap

Anthony tampil membuat penjelasan mengenai penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

02-11-2023
Berita Auto

Ubai Suai Motosikal, Kan Dah Kena Sita

JPJ menjalankan pemeriksaan ke atas motosikal di Plaza Sungkai, Perak.

05-06-2023
Berita Auto

Hati-Hati Jika Tiada Sekatan, Sebab Anda Dipantau Dari ATAS

Aidilfitri: JPJ Negeri Sembilan tidak melakukan sekatan SJR.

17-04-2023
Berita Auto

Tak Salah Guna Kenderaan Berusia 10 Tahun, Yang Penting Diselenggara Dengan Baik

Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai halangan membenarkan kereta melebihi usia 10 hingga 15 tahun ke atas berada di jalan raya

30-03-2023
Berita Auto

JPJ Beri Amaran Keras, Jangan Pinjamkan Kenderaan Kepada Warga Asing Atau Anda Akan Diheret Ke Mahkamah

JPJ Kelantan akan mengenakan tindakan lebih tegas kepada rakyat tempatan yang meminjamkan kenderaan kepada warga asing.

22-02-2023
Berita Auto

Guna Lorong Kecemasan, See You In Court!

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengesan lebih 100 kenderaan yang menggunakan lorong kecemasan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dari Johor Bahru ke Putrajaya, pagi tadi.

21-01-2023
Berita Auto

Lebuh Raya KLK Dijangka Sesak Sepanjang Minggu Ini Sebab ..

Sebanyak 171000 kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sepanjang cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

18-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026