Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Raytech Films Catat Rekod "Pasang Paling Banyak Penapis Haba Dalam Setahun" - Lebih 54,000 Kereta Sudah Dipasang

Suhana Veru

Kongsi melalui


Premis Raytech Films di Serdang. 

Syarikat pemasangan Filem Penapis Haba Raytech (Raytech Films (M) mencipta sejarah tersendiri apabila dianugerahkan sijil Malaysia Book of Records (MBOR)  baru-baru ini.

Ia susulan daripada  usaha cemerlangnya kerana telah berjaya memasang filem penapis haba ke atas lebih 54,250 kereta sepanjang tahun 2020.

Pemasangan ini dibuat di seluruh rangkaian cawangannya termasuk di Malaysia Timur dimana terdapat 35 cawangan flagship.

Menerusi bilangan pemasangan itu, ia membolehkan Raytech Films mencatatkan rekod baharu MBOR, Memasang Penapis Haba Paling Banyak Dalam Setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Raytech Films, James Goh berkata, pengiktirafan yang diterima daripada MBOR sekali gus membuktikan perkhidmatan dan produknya adalah berkualiti tinggi.


JAMES.

“Untuk itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya kepada konsultan penapis haba dan pakar kami  yang bekerja sepanjang waktu semata-mata untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan.

“Pihak Raytech cukup berbangga dengan pencapaian ini dan kami kini menyasarkan untuk melakukan lebih banyak pemasangan penapis haba pada masa akan datang,” katanya selepas menerima sijil MBOR.


James (kanan) menerima sijil MBOR baru-baru ini.

Pada majlis penyerahan sijil, wakil MBOR menyerahkan sijil MBOR kepada James Goh dalam satu acara yang diadakan di ibu negara.

Menerusi pengiktirafan itu, tambah James, ia mencerminkan Raytech Films merupakan satu jenama yang boleh dipercayai terutama apabila dikaitkan dengan filem penapis haba cermin kereta.

“Kami bertekad untuk menjadi jenama yang boleh dipercayai dengan sepenuhnya apabila para pelanggan mencari filem penapis haba yang sesuai untuk kereta mereka,” ujarnya.

Untuk makluman anda, Raytech Films diasaskan pada tahun 2004.  Sejak itu, ia berkembang meluas di pasaran tempatan dan luar negara.


Sebagai bukti, flem penapis haba, Raytech Films telah menembusi beberapa pasaran luar negara seperti di Thailand, Indonesia, Kemboja, Hong Kong, China, Qatar, Oman, Kuwait, Australia, New Zealand dan banyak lagi.

Sejak itu, Raytech Films cukup berbangga kerana dapat meyalurkan produk dan perkhidmatan pemasangan pakar yang tulen dan berkualiti tinggi untuk pelanggannya.


Malah sebahagian besar keluaran filem penapis haba mempunyai sijil yang mematuhi piawaian pelbagai agensi seperti TUV Nord, Institut Piawaian Kebangsaan Amerika (ANSI) dan SIRIM Malaysia.

Buat masa ini, Raytech Films mempunyai pelbagai pilihan produk filem penapis haba cermin kereta yang  sudah pastinya  memenuhi keperluan dan bajet pelanggan.


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama, produk dan perkhidmatannya, termasuk lokasi cawangannya, anda boleh melayari laman sesawang Raytech Fillms di Raytechfilms.com.my.


Gallery

Tag:

Raytech Films
Raytech Films (M) Sdn Bhd
James Goh
Raytech Films Malaysia
Malaysia Book of Records
Raytech Films Malaysia Book of Records
Raytech Films founder & CEO
window tint
window tinting
Raytech Films Flagship Outlets
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-02-2026
EV

04-03-2024
Berita Auto

06-07-2023
EV

04-03-2024
Berita Auto

06-07-2023
Berita Auto

06-07-2023
EV

19-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026