Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sebelum Tahun 2025, Kita Boleh Bayar Tol Tanpa Perlu Melalui Palang

Suhana Veru

Kongsi melalui

Rakyat Malaysia mungkin boleh menarik nafas lega apabila kerajaan memberi jaminan bahawa Multi Lane Fast Flow  (MLFF) bakal dilaksanakan sebelum tahun 2025.

Itu kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Perancangan itu dijangka dapat dilaksanakan lebih awal berbanding jangkaan 2025 termasuk melihat contoh beberapa negara lain yang sudah merelisasikan sistem berkenaan.


Contoh tol tanpa palang. 

“Jadi, kami  akan mempercepatkan rundingan bersama Kementerian Kewangan (MoF) untuk memperkenalkan MLFF bagi memberi pilihan kepada pengguna dan mengurangkan kebergantungan terhadap sistem sedia ada,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, pihaknya telah bertemu dengan pemegang konsesi jalan-jalan tol utama. 

“Semasa perbincangan itu, semua wakil rakyat pada dasarnya bersetuju untuk melaksanakan sistem ini.

“Namun, masih terdapat beberapa butiran yang perlu diselaraskan bagi memastikan sistem ini dapat dilaksanakan dengan baik,” tambahnya.

Sekadar info, sistem kutipan tol tanpa henti yang dikenali sebagai Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) dikatakan bakal mengurangkan kesesakan di plaza tol.

Maka dengan pelaksanaan MLFF, kita sudah tidak perlu memberhentikan kenderaan untuk membayar tol memandangkan tiada sebarang palang tol.


Gallery

Tag:

Multi Lane Fast Flow (MLFF)
MoF Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-11-2025
Berita Auto
Berita Auto

04-11-2025
Berita Auto
Berita Auto

31-07-2025
Berita Auto
Berita Auto

19-02-2025
Berita Auto

12-02-2025

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026