Link Copiedcheck_circle
Global

Honda WR-V 2023 Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Beberapa bulan selepas diperkenalkan buat pertama kalinya secara global di Indonesia, Honda WR-V 2023 kini telah dilancarkan secara rasmi di negara jiran kita, Thailand. Model yang dikeluarkan oleh kilang Honda di Karawang, Indonesia ini ditawarkan dalam dua varian iaitu versi asas, SV dan versi  lebih tinggi, RS. Berbeza dengan pasaran Indonesia yang hanya menawarkan satu varian WR-V.


PRESTASI HONDA WR-V 2023 THAILAND




WR-V yang dilancarkan di Thailand berkongsi trenkuasa yang sama seperti Indonesia yang mana kedua-dua variannya dikuasakan oleh enjin DOHC 4 silinder aspirasi natural 1.5L dengan output 119 hp/145 Nm. Kuasa daripada enjin disalurkan kepada roda hadapan melalui transmisi CVT. 


REKA BENTUK LUAR HONDA WR-V 2023 THAILAND




Dari segi dimensi, crossover ini direka dengan kepanjangan 4,060 mm, kelebaran 1,780 mm dan ketinggian 1,608 mm. Jarak antara rodanya pula  2,485 mm. Kedudukannya adalah di bawah Honda HR-V dalam SUV segmen B. Sebagai perbandingan, model DNGA lain dengan saiz terdekat di pasaran Malaysia ialah Perodua Ativa dengan panjang 4,065 mm, lebar 1,710 mm dan tinggi 1,635 mm.




Secara visual, WR-V memiliki bentuk badan sebuah crossover/SUV, tetapi lebih kompak. Pada sudut hadapan varian asas, SV, dipasangkan dengan gril bermotif garisan yang memanjang, sementara RS pula gril pin krom yang kelihatan lebih sporty. 





Perbezaan lain yang terserlah antara kedua-dua varian ini ialah pada bahagian roda yang mana SV menggunakan rim 16 inci dan RS pula dilengkapkan dengan rim 17 inci dalam kemasan dua tona. 




Bergerak ke bahagian belakang SV dan RS, kedua-duanya menggunakan lampu belakang jenis LED dengan isyarat pusingan LED berjujukan (sequential). Turut hadir sebagai ciri standard kedua-dua varian ini ialah cermin sisi automatik namun untuk RS, cermin sisinya berwarna hitam berkilat. 


KABIN HONDA WR-V 2023 THAILAND




Di dalam ruang kabin, kesemua varian WR-V Thailand menggunakan sistem infotainmen bersaiz 7 inci yang boleh menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Sementara itu, kluster instrumennya pula bersaiz 4.2 inci. 


Selain itu, WR-V 2023 didatangkan secara standard dengan ciri seperti kawalan iklim automatik, sistem kemasukan dan penghidup enjin tanpa kunci, teknologi penghidup enjin dari jarak jauh, Honda Smart Key Card dan sistem kamera undur dengan pandangan pelbagai sudut.




Varian SV didatangkan dengan tempat duduk dalam balutan fabrik/kulit sintetik dengan jahitan biru, stereng pula dibalut sepenuhnya dengan kulit dan dikemaskan dengan jahitan biru. Kelengkapan lain ialah sistem audio empat speaker. 


Bagi varian RS pula, jahitan yang digunakan berwarna merah serta dilengkapi dua speaker tambahan untuk melengkapkan lagi sistem audionya selain diberikan fungsi Honda Connect untuk sistem infotainmen. 


TEKNOLOGI KESELAMATAN HONDA WR-V 2023 THAILAND




Kesemua varian WR-V yang dilancarkan di Thailand dilengkapi pakej sistem bantuan pemandu termaju (ADAS). Pakej keselamatan ini termasuk teknologi seperti yang berikut:

  • Sistem pembrekan mitigasi pelanggaran (CMBS)

  • Sistem bantuan kekal lorong (LKAS)

  • Sistem mitigasi keluar jalan dengan amaran keluar lorong (RDM dengan LDW)

  • Lampu suluh tinggi auto (AHB)

  • Kawalan jelajah adaptif (ACC) 

  • Sistem notifikasi kereta depan keluar lorong (LCDN)

  • Honda LaneWatch*


Nota: *Hanya pada model RS

WARNA HONDA WR-V 2023 THAILAND




Honda Thailand menawarkan lima pilihan warna untuk WR-V 2023 iaitu:

  • Ignite Red (dua tona dengan bumbung hitam) 

  • Taffeta White

  • Meteoroid Gray Metallic

  • Crystal Black Pearl

  • Silver Stellar Diamond Pearl


HARGA HONDA WR-V 2023 THAILAND


Honda WR-V 2023 ditawarkan pada harga yang bermula dari THB799,000 (RM103,072) untuk varian SV, sementara varian lebih tinggi, RS, pula dijual pada harga THB869,000 (RM112,102) – lebih tinggi berbanding City Hatchback yang bermula dari THB599,000 (RM77,921). 


BAGAIMANA DENGAN PASARAN MALAYSIA?




Dengan pelancaran rasmi model ini di negara jiran kita, mungkin Malaysia bakal menjadi destinasi seterusnya. Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa Honda Malaysia akan memperkenalkan sebuah SUV mini, bersama-sama tiga model lain yang mana salah satunya berkemungkinan besar Honda City facelift. 


Apa pendapat anda mengenai Honda WR-V 2023 serba baharu ini? Adakah anda tidak sabar untuk melihat sama ada SUV mini ini mampu menandingi Ativa di pasaran Malaysia tidak lama lagi? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah. 



Tag:

Honda WR-V
Honda WR-V 2023
Honda Thailand
Honda
pasaran Thailand
Thailand
SUV
crossover
SUV crossover
mini SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Honda Malaysia Kekal Jenama Kereta Bukan Nasional Nombor 1

Honda tetapi di hati rakyat Malaysia.

25-01-2024
Global

Ini Dia Model Honda Yang Sertai TAS 2024

Honda bakal menayangkan beberapa model yang cukup mantap.

27-12-2023
Berita Auto

Honda WR-V Laku Keras!

Hanya dalam sebulan, Honda Malaysia sudah menyerahkan 2,200 unit model WR-V.

23-08-2023
Kereta Baru

Honda WR-V 2023 Rasmi Dilancarkan – 4 Varian, Dari RM89K

Honda Malaysia baru sahaja melancarkan Honda WR-V 2023. Ini spesifikasi kereta.

13-07-2023
Kereta Baru

Tempahan Honda WR-V Kini Dibuka, Tarikh Pratonton Diumumkan

Honda Malaysia kini menerima tempahan untuk SUV kecil, All-New Winsome Runabout Vehicle (WR-V).

12-06-2023
Berita Auto

Sah! Honda Malaysia Bakal Lancar 3 Model Baharu, 1 Facelift Termasuk SUV Kecil Pertamanya Tahun 2023

Honda Malaysia baru-baru ini telah membentangkan hala tuju perniagaan strategik syarikat itu bagi tahun 2023.

20-03-2023
Berita Auto

Honda WR-V Bakal Ditayangkan Untuk Tatapan Umum 2 November Ini

Honda Indonesia bakal mendedahkan sebuah SUV crossover kompak terbaharu pada 2 November ini.

27-10-2022
Global

Honda City Facelift, Ada Varian Baharu

Honda melancarkan Honda City Hatchback facelift 2024 yang telah dikemaskini di Thailand, baru-baru ini.

09-02-2024

Berita Terkini

Global

Satu Lagi Pencabar Hypercar Masuk Pasaran,Chevrolet Corvette ZR1X, Harga Mungkin LEBIH Setengah Juta

Nampaknya satu lagi pencabar segmen hypercar, Chevrolet Corvette ZR1X generasi kelapan bakal memasuki pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

19-06-2025
Global

Gambar Mazda CX-5 Hybrid Dah Bocor, Maknanya Bakal Dilancar Tidak Lama Lagi?

Nampaknya, crossover SUV terlaris Mazda, iaitu CX-5, bakal menerima perubahan yang agak ketara tidak lama lagi.

18-06-2025
Global

Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Ferrari 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi.

17-06-2025
Global

Cipta Rekod Sendiri: Volkswagen Golf GTI Edition 50 Catat Masa 7:46.13 minit Di Litar Nurburgring

Volkswagen Golf GTI Edition 50 menunjukkan taring sebenar apabila berjaya melengkapkan pusingan dalam masa 7:46.13 minit,

17-06-2025
Global

Didedah: Audi Q3 2026 Bakal Masuk Eropah Dulu, Rekaan Kini Lebih Agresif

Audi, akhirnya mendedahkan secara rasminya antara model generasi ketiganya, SUV crossover Audi Q3 2026.

17-06-2025
Global

Subaru Rex Hibrid Baharu Gunakan Sistem Sama Seperti Perodua Ativa, Kini di Jepun

Subaru baru-baru ini memperkenalkan varian hibrid terbaru untuk model kompak crossover, Subaru Rex, di pasaran Jepun.

17-06-2025
Global

CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering

Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.

17-06-2025
Global

SUV Elektrik Xpeng G7 Didedahkan – Guna Teknologi AI, Capai 702 KM Satu Cas!

Xpeng memperluaskan portfolio kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran SUV elektrik terbaru, Xpeng G7. Ini spesifikasinya...

16-06-2025