Link Copiedcheck_circle
Global

Kembar Axia, Ayla, Agya Dilancar Di Indonesia

Suhana Veru

Kongsi melalui

Dua kembar Perodua Axia 2023, Daihatsu Ayla dan Toyota Agya ditayangkan secara umum pada pameran Gaikindo Jakarta Auto Week (GJAW) di Indonesia kelmarin.

Di sebalik pelancaran kedua-dua model itu, mungkin ada pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ayla dan Agya.


AYLA

Bermula dengan Daihatsu Ayla, ia hadir dalam lima varian iaitu 1.0  M MT dijual pada harga 134 juta rupiah (RM39K), diikutiAyla 1.0 X MT berharga.146.9 juta rupiah (RM43K), Ayla 1.0 X CVT berharga  166.9 juta  rupiah (RM49K), Ayla 1.2 R MT berharga 164 juta rupiah (RM48K) dan varian tertinggi Ayla 1.2 R CVT berharga 184 juta rupiah (RM54K).

Kesemua  model yang dipadankan dengan 1.0 liter menerima enjin 1KR-VE tiga silinder berkuasa 66hp  dan tork 89 Nm manakala,  model 1.2 liter pula menerima enjin baharu WA-VE tiga-silinder DOHC Dual VVT-i. Model ini pula mampu menghasilkan kuasa 87 hp dan tork 113 Nm.


Trenkuasanya dipadankan dengan kotak gear D-CVT automatik atau transmisi manual lima-kelajuan.

PENGGAYAAN:

Ayla mempunyai rupa yang hampir sama dengan Axia baharu,namun apa yang dibezakan ialah lencana kedua-dua jenama itu.


Dari segi bamparnya, kemasan palang jeriji hadir dengan tekstur timbul dan bukannya seperti trim hitam Perodua Axia.

Bagi varian biasa, Ayla dipadankan dengan roda 13 inci manakala varian tertinggi pula roda 14 inci.

Malah, pengedar rasmi Daihatsu di Indonesia, Astra Daihatsu Motors (ADM) turut menawarkan pakej penggayaan Astra Daihatsu Styling (ADS) untuk Ayla baharu ini.


Antara kelengkapan lain ialah bahagian bampar hadir dengan  lampu nyalaan siang LED bersama perumah berbentuk-T, serta lips hadapan selain pelekat ADS  diletak pada lips hadapan dan juga sisi badan, serta kemasan pada lampu belakang.

Selain itu, semua varian Ayla didatangkan dengan tempat duduk fabrik, terdapat paparan pelbagai maklumat, empat pembesar suara dan pemegang cawan di bahagian belakang.


Namun lain pula bagi varian R kerana ia menerima skrin sesentuh tujuh-inci untuk sistem infotainmen. sistem kemasukan tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, panel kawalan digital untuk sistem penghawa dingin manual,

Berbanding dengan Axia, nampaknya Ayla tidak menerima begitu banyak ciri keselamatan. Sedangkan tiada satu varian Ayla hadir dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS).

Bagaimanapun, varian X dan R sahaja yang menampilkan beberapa ciri keselamatan aktif sebagai standard seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VCS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)  Agihan Brek Elektronik ( EBD ) dan Bantuan Mula Daki (HSA).

Apa yang mendukacitakan,  tiada satu pun varian datang dengan enam beg udara seperti  mana yang ditawarkan varian Perodua Axia AV. 

Varian AV Axia adalah antara  terbaik walaupun ditawarkan pada harga yang agak keras namun berbaloi.

AGYA

Toyota Astra Motor (TAM) menawarkan Agya dalam tiga varian dan salah satunya adalah varian GR-Sport.


Berikut adalah variannya:

Varian E (RM48,980)

Varian G (RM51,167)

Varian GR-Sport (RM69,279)

Berbeza dengan Ayla, Toyota Agya didatangkan dengan pilihan rangkaian kuasa tunggal untuk keseluruhan barisan, WA-VE 1.2 liter, tiga silinder .

Enjin itu mampu menghamburkan kuasa sebanyak 87hp dan tork 113Nm yang disalurkan melalui transmisi D-CVT. Agya 2023 juga ditawarkan dengan pilihan kotak gear manual lima kelajuan.

Biarpun, semua varian mempunyai trenkuasa yang sama namun  varian GR-Sport diberikan peningkatan prestasi tambahan dalam bentuk penalaan yang lebih sporty untuk suspensi dan stereng.


Secara visual, Agya memaparkan bahagian belakang yang serupa dengan Axia, manakala perbezaan besar dapat dilihat pada bahagian hadapannya. 

Bahagian hadapannya menampilkan jeriji berbentuk heksagon yang disambungkan ke bahagian bawah masuk dengan palang hitam tebal. 


Walaupun lampu utama LED seakan sama dengan  Axia namun Agya sebenarnya menampilkan lampu nyalaan siang jenis LED yang dipasang secara menegak yang terletak di kedua-dua sudut hadapan.


Agya GR Sport juga didatangkan dengan skirting sisi, spoiler belakang lebih besar berwarna hitam, bumbung berwarna hitam dan kemasan hitam berkilat pada cermin sisi.

Model standard dipadankan dengan rim aloi berwarna perak bersaiz 14-inci seperti Axia, manakala model GR Sport diberikan rim aloi lebih besar lima-jejari berkembar dua-tona. Untuk bahagian sisi, terdapat garisan sisi yang sama seperti Axia D74A.


Menjengah bahagian dalamannya, kesemua varian Agya menerima panel kawalan digital untuk penghawa dingin, paparan infotainmen 7 inci, paparan pelbagai info, serta pelarasan  untuk stereng.

Bukan itu sahaja, spesifikasi GR-S ditingkatkan lagi dengan  kabin Agya yang agak mewah kerana dilengkapi dengan tempat duduk GR eksklusif, skrin infotainmen 8-inci dengan fungsi kamera undur, paparan pemandu TFT 7-inci, pad pengecas tanpa wayar, stereng kulit dan tombol gear, kemasukan tanpa kunci, perakam video digital on-board (DVR), serta sistem telematik T Intouch.

CIRI-CIRI KESELAMATAN:

Dari segi ciri keselamatan, Agya secara standard didatangkan VSC, ABS, EBD, HSA,sensor parkir undur, dua beg udara, ISOFIX dan amaran tali pinggang keledar.


Sama seperti Ayla, Agya juga tidak didatangkan dengan ADAS.

Pendek kata, penulis menganggap bagi sesiapa yang sudah menempah Perodua Axia 2023, nampaknya anda membuat pilihan tepat.

Bukan semua pengeluar kereta sanggup menawarkan ciri-ciri canggih pada harga yang cukup berpatutan.

Tetapi apa pula pandangan anda?

Gallery

Tag:

2023 Daihatsu Ayla
2023 Toyota Agya
Perodua Axia 2023
ADAS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

13-03-2023
Global

13-03-2023
Berita Auto

14-02-2023
Video

Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi

Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi

14-03-2023
Berita Auto
Berita Auto

21-06-2022
Berita Auto

04-09-2025
Teknologi

29-07-2024

Berita Terkini

Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026