Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat 3S Ford Sudah Beroperasi

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar eksklusif Ford di Malaysia, mengumumkan pihaknya telah membuka pusat pengedar terbaharunya, Ford Kota Kinabalu di Penampang,  Sabah.

Pengarah Urusan Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair mengakui Sabah merupakan pasaran yang sangat menarik dengan tahap permintaan tinggi bagi Ford Ranger generasi baharu. 

“Untuk itu, kami memperkenalkan Rightpower Corporation sebagai pengedar kedua dan berharap pusat baharu ini dapat menambahkan lagi bilangan pelanggan di daerah Penampang.


“Pusat pengedar baharu ini membolehkan pelanggan menikmati pengalaman Ford yang tersendiri dan kami akan menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi menerusi kemudahan ini,” katanya.

Untuk makluman, ia merupakan kemudahan Ford kedua di Sabah dan yang kelapan di Malaysia Timur.

Bukan itu sahaja, ia juga adalah kemudahan SDAC yang ke-37 di seluruh negara.


Apapun, kerja-kerja pengubahsuaian yang menelan belanja hampir RM1 juta itu bakal memenuhi keperluan lengkap pelanggan selain menawarkan khidmat jualan dan juga lepas jualan. 

Pusat 3S ini terletak di atas keluasan tanah 12,000 kaki persegi dan ia dilengkapi dengan bilik pameran seluas 4,300 kaki persegi termasuk pusat servis seluas 4,500 kaki persegi. 


Kemudahan ini dikatakan mampu memuatkan empat ruang servis dengan tenaga sepasukan 16 kakitangan yang terdiri daripada Juruteknik Bertauliah Ford dan juga kakitangan servis.

Ford Kota Kinabalu (Penampang) ini terletak di Jalan Penampang Baru, Penampang, Kota Kinabalu, Sabah. 

Ia beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Sabtu dan dari jam 9 pagi hingga 3 petang pada hari Ahad.

Untuk maklumat lanjut mengenai SDAC dan Ford, sila ikuti laman Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter atau YouTube, atau layari www.sdacford.com.my.


Gallery

Tag:

SDAC
Ford
Sime-Darby Connexion
Ford Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ford Ranger Wildtrak Dengan Enjin Diesel V6 Bakal Masuki Pasaran Malaysia?

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford mungkin dalam perancangan untuk melancarkan Ford Ranger Wildtrak versi diesel V6 di Malaysia tidak lama lagi.

27-03-2025
Kereta Baru

Ford Ranger XLT Plus Special Edition Dilancarkan – 300 Unit, RM143,888, Baucar Minyak RM3K Untuk 20 Terawal

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) Ford hari ini telah memperkenalkan model edisi khas, Ford Ranger XLT Plus Special Edition. Ini yang berbeza...

25-09-2024
Berita Auto

Ada Berita Baik Untuk Pelanggan Baharu Ford

Peraduan hanya terbuka untuk pelanggan yang baru membeli Ford Ranger.

20-06-2024
Kereta Baru

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Berita Auto

Hanya Kereta Pra-Milik Ford Terbaik Dijual Melalui ‘Ford Assured’

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) melancarkan program “Ford Assured” untuk orang ramai yang ingin membeli kenderaan pra-milik dengan jiwa tenang.

06-03-2024
Berita Auto

Ada Ford Ranger? Jom Sertai Aktiviti 4X4 Ke Cameron Highlands & Gunung Jerai Mei Ini!

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan menganjurkan aktiviti Ford Ranger Getaways eksklusif untuk pemilik Ford Ranger generasi baharu.

09-04-2023
Pandu Uji

Ford Ranger XLT Plus, Padat Dengan Ciri Keselamatan, Tak Sia-Sia Beli

Baca komen kami mengenai Ford Ranger XLT Plus.

15-03-2023
Berita Auto

Kursus Pemula 4WD M4TREC Ford Ranger Getaways Akan Diadakan di Semenyih

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) akan menganjurkan Kelas Pemula 4WD M4TREC Ford Ranger Getaways di Semenyih, Selangor pada 19 Mac ini.

14-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026