Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tahniah SDAC! Rangkul Anugerah Kecemerlangan Henry Ford

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) merangkul Anugerah Kecemerlangan Henry Ford baru-baru ini.

Penghargaan ini bermakna  SDAC berjaya memastikan tahap kepuasan pelanggan selain, prestasi perniagaan yang luar biasa dan inisiatif pelanggan yang paling cemerlang pada 2022.

Selain itu, bagi tahun keempat berturut-turut, SDAC juga menerima Anugerah Presiden untuk Jualan dan Anugerah Presiden untuk Servis dengan tahap kepuasan pelanggan.

Untuk info, anugerah ini membezakan SDAC sebagai rakan pengedar berprestasi tinggi di 20 pasaran pengedar Ford di Asia Pasifik sekali gus  mengukuhkan kedudukan SDAC sebagai salah satu Persatuan Pengedar Ford terbaik di dunia.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pihaknya cukup gembira kerana berjaya merangkul beberapa anugerah itu.


“Ia merupakan satu pengiktirafan terhadap pencapaian kami dan inisiatif yang telah dilaksanakan untuk pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sekadar info, mata bagi Anugerah Kecemerlangan Henry Ford dan Anugerah Presiden diberi berdasarkan penarafan yang dikumpul daripada maklum balas sebenar daripada pelanggan serta kaji selidik kepuasan yang dijalankan oleh Ford di setiap pasaran pengedarnya.


Diperkenalkan pada 2016 secara serantau, program ganjaran dan pengiktirafan tahunan Ford menilai pengedar terutamanya pada tahap tertinggi kesuluruhan kepuasan pelanggan dan prestasi dalam kategori ini:

Kepuasan jualan pelanggan tahap tertinggi

Kepuasan servis pelanggan tahap tertinggi

Prestasi jualan kenderaan baru terbaik

Prestasi jualan alat ganti terbaik

Pasaran Pengedar Ford adalah termasuk di Timur Tengah, Afrika Utara, Afrika Sub-Sahara dan Pasaran-pasaran Pengedar Asia Pasifik.


Gallery

Tag:

SDAC Ford
Sime Darby Auto Connexion (SDAC)
Ford
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur

Pusat pengedar itu dibuka untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti kepada para pelanggannya di Sabah dan Sarawak.

04-02-2025
Gaya Hidup

SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia terus komited membantu masyarakat Orang Asli, baru-baru ini.

18-03-2024
Berita Auto

Ranger Raptor Gegar 2 Negeri

Jelajah pameran ini sudah berada di Pulau Pinang.

18-08-2023
Berita Auto

Ada Berita Baik Buat Pembeli Ford Ranger XL, XLT

SDAC-Ford tawar promosi hebat untuk pembeli baharu Ranger.

19-04-2023
Berita Auto

Sime Darby Auto Connexion-Ford Lebarkan Sayap Di Malaysia Timur

Pusat pengedar itu dibuka untuk menyediakan perkhidmatan dan produk berkualiti kepada para pelanggannya di Sabah dan Sarawak.

04-02-2025
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024
Gaya Hidup

SDAC Hulur Dana, Bantu Orang Asli Tambah Pendapatan

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia terus komited membantu masyarakat Orang Asli, baru-baru ini.

18-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Pemanduan Ke Segamat Bakal Jadi Lebih Laju! EXCO Sahkan Laluan Pintas Siap 2027

Projek jalan pintas yang menghubungkan Muar, Tangkak dan Segamat ddijangka siap pada Februari 2027.

22-04-2026
Berita Auto

Perodua, UTM Jalin Kerjasama, Latih Jurutera Masa Depan

Langkah Proaktif Perodua: Latih Jurutera Masa Hadapan' bersama UTM demi ekosistem xEV.

22-04-2026
Berita Auto

Setiap Saat RM2,300 'Terbakar' Demi Subsidi

Setiap saat kita bakar RM2,300 untuk subsidi bahan api, beban kerajaan semakin berat.

22-04-2026
Berita Auto

Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih

Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.

22-04-2026
Berita Auto

Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka

Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.

22-04-2026
Berita Auto

Negara Minyak Tapi Import Minyak? Ini Realiti Pahit Krisis Tenaga Kita

700,000 Tong Sehari: Ini penjelasan terperinci.

21-04-2026
Berita Auto

Raya Punya Penangan: Jualan Kereta Mac Melonjak

Jualan kereta Mac 2026 melonjak 21%, industri automotif kembali berdarah panas.

21-04-2026
Berita Auto

Cameron Highlands Dilanda Banjir Kilat

Hujan lebat 2 jam cetus aliran lumpur di Habu Heights, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

21-04-2026