Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perhatian: Audi Tawar Pakej Jaminan Standard Tetapi Hanya Untuk Model Ini..

Suhana Veru

Kongsi melalui


PHS Automotive Malaysia (PHSAM) mengumumkan penambahan Pakej Jaminan Audi (Audi Assurance Package (AAP)) yang ditawarkan untuk model A3 Sedan S Line dan Q2 S.

Harga runcit cadangan untuk A3 Sedan adalah RM325,990 seunit, manakala Q2 S Line pula ditawarkan pada harga RM275,990.

Harga ini telah dikuatkuasa sejak 1 April lalu.

Untuk makluman, pakej ini menawarkan pembeli dengan pilihan penyelenggaraan selama 3 tahun, merangkumi servis yang dijalankan sepanjang penyelenggaraan berkala mengikut garis panduan pengeluar.

Sementara jaminan pengilang pula dilanjutkan dari 2 kepada 5 tahun. Pakej yang ditambah baik ini merupakan bukti usaha berterusan Audi dalam menyediakan pengalaman pemilikan dan servis yang lebih baik kepada pelanggannya.

Penyelenggaraan berkala, pemeriksaan oleh juruteknik terlatih dan pembaikan menggunakan alat ganti tulen akan membantu kenderaan beroperasi dengan lancar, sekaligus memberi kemudahan kepada pemilik.

AUDI A3 SEDAN

Mengenai Audi A3 sedan, ia dikuasakan oleh enjin 2.0 liter TFSI dimana ia mampu menjana kuasa 190PS dan tork 320Nm. 

Dengan reka bentuk yang lebih maskular, A3 Sedan memberikan penampilan serba baharu. 

Menjengah bahagian hadapannya, ia  didominasi oleh Singleframe besar dengan gril sarang lebah yang disempurnakan lagi bersama lampu utama.

Ia juga hadir dengan ruang kabin yang menarik, lebih luas berbanding sebelumnya dan bahagian dalaman menggabungkan aspek kemewahan dengan teknologi terkini. 

Malah, ia juga dilengkapi dengan kokpit maya Audi, paparan sentuh MMI navigation plus bersaiz 10.1 indi dan perkhidmatan Audi connect plus hadir sebagai standard.

AUDI Q2


Sementara itu, Audi Q2 pula disumbat dengan enjin 1.4-litre TFSI.

Maka, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga kuasa 150PS dan tork 250Nm daripada enjin berkenaan.

Untuk makluman anda, ia merupakan crossover mewah subkompak yang terkenal dengan reka bentuk bergaya dan terdapat pelbagai teknologi canggih. 

Jentera ini juga  menawarkan pemanduan dinamik yang cukup mengagumkan manakala  nisbah stereng boleh ubah dan bantuan stereng pula  bergantung kepada kelajuan.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.audi.com.my atau hubungi Audi Centre berhampiran.


Tag:

Audi A3
Audi Q2
PHS Automotive Malaysia (PHSAM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

MAS 2025: Harga Jualan Audi Q7 CKD Diumumkan – Dari RM459,990

Model yang pertama kali dipasang di luar Eropah ini ditawarkan pada harga bermula dari RM459,990, tidak termasuk pakej Audi Assurance.

08-05-2025
Berita Auto

Rangkaian Pengedar Bertambah: PHSAM Lantik 6 Pengedar Baharu

PHSAM mengumumkan pelantikan enam rakan pengedar baharu di seluruh negara.

09-04-2025
Berita Auto

PHSAM Umum Senarai Harga Terkini & Promosi Istimewa Untuk Pelbagai Model Audi

Pengedar rasmi jenama mewah, Audi di Malaysia, PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan senarai harga baharu untuk pelbagai model ICE dan EV.

15-01-2025
Kereta Baru

Harga Terbaru Audi Q5 Sportback Diumumkan – Kini Hanya Dari RM368,990!

Pengedar rasmi jenama Audi di Malaysia,PHS Automotive Malaysia (PHSAM), hari ini mengumumkan harga terbaru untuk Audi Q5 Sportback generasi kedua.

21-11-2024
Berita Auto

Ini Masanya Untuk Beli Audi, Potongan Harga Besar-Besaran – Kempen ‘Great Savings’

PHSAM telah melancarkan kempen jualan akhir tahun ‘Great Savings’ yang berlangsung selama tiga bulan bermula bulan ini.

08-10-2024
EV

Audi SQ8 E-Tron, SQ8 Sprotback E-Tron, Ada 3 Motor Elektrik, Harga Lebih RM500K

PHSAM mengumumkan penambahan dua model baharu ke dalam rangkaian kenderaan elektriknya.

17-01-2024
EV

Kempen Untuk Audi e-tron – Murah RM93K, Wallbox Percuma! Tempoh Terhad

PHSAM, pengedar rasmi Audi di Malaysia, baru-baru ini telah mengumumkan kempen menarik terkini.

06-11-2023
Berita Auto

Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Import Terpakai

PHSAM menawarkan Pelan Pengiktirafan Audi (Audi Recognition Plan) untuk pemilik kenderaan import terpakai (parallel import) Audi.

28-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026