Link Copiedcheck_circle
EV

Bunyi-Bunyi Pelik Enjin Ioniq 5 N, Macam Bersiul

Suhana Veru

Kongsi melalui


Dikhabarkan Hyundai bakal melancarkan model kenderaan elektrik yang berprestasi tinggi Hyundai Ioniq 5 N tidak lama lagi.

Menerusi video teaser, Hyundai memperdengarkan runut bunyi enjin palsu (artificial) yang kedengaran agak luar biasa.


Deruman enjinnya juga kedengaran seolah-olah kereta Formula 1. 


Namun, penyamaran enjin itu hanya untuk menutup butiran sebenar deruman enjinnya ketika ia membuat pandu uji di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Hyundai di Namyang, Korea Utara  baru-baru ini.

Biarpun, ia kedengaran sedikit garang dan lucu namun pasukan Hyundai N wajar diberi pujian kerana berjaya membuat penyamaran bunyi enjin yang mungkin boleh dipercayai kerana pengubahsuaian itu tidaklah begitu berlebihan.


Apa yang cukup menarik ialah Ioniq 5 N juga memperdengarkan deruman enjin yang agak menurun.

Ada kemungkinan, deruman yang menurun adalah salah satu lagi teknik ajaib yang dilakukan oleh jurutera Hyundai.

Sekiranya anda mendapati deruman enjinnya sangat palsu, Hyundai ada menyokong kemaskini over-the-air (OTA) yang tersendiri bagi membolehkan anda memuat naik bunyi kereta anda sendiri.

Secara teorinya, anda boleh menjadikan Ioniq 5 N EV seperti supercar V12.


Di sebalik bunyi palsu itu, video teaser berkenaan turut  mempamerkan Ioniq 5 N melakukan  drifting di selekoh trek ujian.

Ia kelihatan melakukan aksi drift begitu baik kerana adanya  'mod drift'.

Apapun, Hyundai Ioniq 5 N bersedia untuk membuat penampilan sulung pada akhir tahun ini. 


Menyentuh mengenai harganya, ia mungkin sedikit mahal kerana model standard  dijual sekitar AS$50,000 (RM220,000).


Gallery

Tag:

Hyundai Ioniq 5 N
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
EV

BIMS 2025: Hyundai Ioniq 5 N Line Facelift Didedah, Hanya 1 Varian, Lepas Ini Masuk M'sia?

Hyundai juga turut mengambil kesempatan untuk melancarkan Hyundai Ioniq 5 versi facelift di BIMS 2025.

26-03-2025
Berita Auto

Hyundai Ioniq 5 N Terima Sentuhan Raja 'Drift' – Lebih Ringan & Stabil

Hyundai baru-baru ini telah mempertontonkan model elektrik berprestasi, Ioniq 5 N, dalam versi yang lebih ekstrem. Dikenali sebagai Hyundai Ioniq 5 N DK Edition, model khas ini dibangunkan bersama legenda drift Jepun, Keiichi Tsuchiya, yang terkenal sebagai "Drift King.”

14-01-2025
EV

Ini Dia Rupa Ioniq 5 N Dari Negara Jiran

Belum ada maklumat sama ada sama model Ioniq 5 N buatan Indonesia ini akan dieksport ke negara lain.

19-07-2024
EV

Hyundai Pertaruh Ioniq 5 N Untuk Uji Kemampuannya

Hyundai mengumumkan rancangan untuk membawa masuk empat unit Ioniq 5 N dalam acara Pikes Peak International Hill Climb.

15-04-2024
EV

Hyundai Ioniq 5 N Bakal Dikeluarkan 2023 Nanti Dengan Kuasa Sekitar 600HP! Siap Ada 'Audio' Enjin?

Ioniq 5 N dan model istimewa ini kini sedang diberikan ‘sentuhan terakhir’ daripada Hyundai sebelum dikeluarkan pada tahun hadapan.

19-12-2022

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026