Link Copiedcheck_circle
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

Sofea Najmi

Kongsi melalui


GoCar Malaysia kini menawarkan lebih banyak pilihan EV

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV) ke dalam rangkaian GoCar Subs Electric, yang kini boleh ditempah secara mingguan dan bulanan.

Dengan penambahan pilihan yang lebih banyak dan tempoh langganan yang lebih pendek, GoCar ingin menjadikan pengalaman mencuba EV yang berbeza lebih mudah dan lebih mampu milik bagi pengguna Malaysia.

Rangkaian model dalam GoCar Subs Electric kini merangkumi tujuh kereta elektrik tulen, termasuk Nissan Leaf, Renault Zoe terkini, Hyundai Kona EV, Hyundai Ioniq 5, GWM Ora Good Cat, Mini Electric, dan Tesla Model Y.




Pengguna boleh mencuba pelbagai model EV yang ditawarkan ini melalui pelan langganan mingguan dan bulanan yang lebih singkat, bermula dari RM120 sehari untuk langganan secara bulanan dan RM171 sehari untuk langganan secara  mingguan. Kadar yang dikenakan dikira berdasarkan yuran langganan masing-masing dan Penepian Kerosakan Perlanggaran (CDW) mandatori.


Wong Hoe Mun, CEO GoCar Malaysia, berkata, “Kami percaya rakyat Malaysia ingin tahu tentang EV tetapi ramai di antara mereka keberatan untuk menggunakannya sebagai mode pengangkutan utama. Dengan pilihan langganan mingguan dan bulanan kami yang baru ini, kami ingin mengajak lebih ramai orang untuk ‘Experience Electric’ bersama GoCar Subs. 


“Mereka boleh menguji rangkaian EV dalam perjalanan harian atau untuk perjalanan pendek, mengakses pengalaman mengecas EV dan meneroka sama ada gaya hidup EV sesuai untuk mereka atau sebaliknya,” tambahnya lagi. 


Models

Kadar 7 hari (RM)*

Kadar 30 hari (RM)*

Yuran

CDW

Yuran

CDW

Nissan Leaf

1,080

120

3,240

360

Renault Zoe R110 Baharu

1,350

150

4,050

450

GWM Ora Good Cat 400 Pro

1,300

160

4,800

480

Hyundai Kona Plus

1,440

160

4,320

480

Electric Mini

1,710

190

5,130

570

Hyundai Ioniq 5

1,980

220

5,940

660

Tesla Model Y

4,500

500

13,500

1,500

* Deposit sekuriti diperlukan.


Kadar langganan mingguan dan bulanan GoCar Subs Electric


Tempahan GoCar Subs Electric boleh dibuat melalui aplikasi GoCar atau laman web GoCar Subs dan kenderaan yang telah dipilih boleh diambil dalam tempoh 14 hari (bergantung pada ketersediaan) selepas pembayaran dibuat, yang merangkumi yuran langganan (sekali sahaja) dan deposit sekuriti yang akan dipulangkan semula. 


Untuk melihat semua pilihan EV yang ada, layari laman web  GoCar Subs Electric garage.

Tag:

ev
Kereta Elektrik
langgan kereta elektrik
GoCar Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Video

05-07-2023
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
Global

27-03-2023
Global

22-03-2023
Global

16-03-2023
Global

15-03-2023
EV

15-03-2023

Berita Terkini

EV

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat

Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.

05-11-2025
EV

Jaecoo J5 Dilancar Di Indonesia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

Jaecoo J5 elektrik dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.

04-11-2025
EV

Xpeng Lepasi Sasaran Jualan - 355,209 Unit Terjual Setakat OKT 2025

Xpeng telah melepasi sasaran jualan iaitu sebanyak 355,209 unit terjual setakat Oktober lalu.

04-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025
EV

Malaysia Bakal Jadi Pengeluar Komponen Utama EV – Kilang Super Magnet RM600 Juta Di Kuantan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan satu pelaburan berimpak tinggi bernilai RM600 juta untuk menubuhkan sebuah kilang pengeluaran magnet berkuasa tinggi di Kuantan, Pahang

03-11-2025
EV

MITI Dedah 5,149 Pengecas EV Sudah Dipasang Setakat 30 Sept

Walaupun jumlah keseluruhan pengecas EV awam masih belum mencapai sasaran, jumlah bagi pengecas jenis DC telah melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu 114 peratus.

31-10-2025