Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ghairah Betul BMW XM Label Red!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BMW Malaysia memperkenalkan jentera terbaharunya, BMW XM Label Red yang dijual pada harga RM1.6 juta.

image.png

BMW XM Label Red baharu ini dirumus untuk menunaikan janji Sheer Driving Pleasure dengan mengetengahkan elemen kuasa dan kemewahannya.

image.pngimage.png

Apa yang cukup menarik ialah ia hadir dengan lebih 50 opsyen warna bagi memaksimumkan aspek personalisasi.

image.png

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, BMW XM Label Red adalah BMW yang paling berkuasa tinggi pernah dibangunkan setakat ini.

“Iterasi BMW XM tersebut menjamin keterujaan dan keupayaan personalisasi buat para pelanggan yang mementingkan aspek kemewahan dan juga prestasi dinamik,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Bercerita mengenai BMW XM Label Red ini, ia menggabungkan sistem BMW M Hybrid yang efisien dengan enjin V8 M TwinPower Turbo 4.4 liter bagi membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 738hp dan tork 1,000 Nm.

Ia mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 3.8 saat.

Sistem BMW M Hybrid tersebut juga menjamin tahap keefisienan yang tinggi kerana mampu membekalkan jarak operasi elektrik sejauh 83 kilometer (WLTP).

BMW XM Label Red yang seiras dengan BMW XM turut diperkayakan dengan dua opsyen warna baharu bagi jalur aksennya, iaitu Toronto Red atau Shadowline.

Kedua-duanya disempurnakan dengan garis bentuk merah pada  model ‘XM’ yang terletak di pintu hadapan. 

Ia boleh disesuaikan dengan 50 opsyen warna dan para penggunaboleh memadangkan warna tersebut dengan  BMW Individual Visualizer. 

image.png

SAV baharu ini juga hadir dengan dua opsyen roda yang baharu sebagai elemen individualiti tambahan, iaitu set roda aloi ringan M 22 inci. 

Ia didatangkan dengan dwiwarna dimana aksen merah  sepadan dengan jalur aksen Toronto Red, manakala set roda aloi ringan M 23 inci pula digandingkan dengan  aksen hitam dalam penggayaan Star Spoke.

image.pngimage.png

Warna ini dilihat sepadan dengan jalur aksen Shadowline.

Motif dwiwarna yang menawan juga dapat dilihat di dalam jentera BMW XM Label Red, seperti pada upholsteri mewahnya yang menampilkan tekstur berbentuk berlian dengan sulaman merah. 

Aksen merah turut dapat dilihat pada panel instrumen, trim pintu, serta konsol sentral.

image.pngimage.png

Jika anda berminat dengan jentera ini,  BMW Group Financial Services ada menawarkan pelan pembiayaan “Straight Line” dimana jentera ini  kboleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM18,707.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun).

image.png

Malah, para pemilik BMW XM Label Red baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi: 

• Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW 

• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW 

• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - Kad Keistimewaan BMW 

• Servis Dalam Talian BMW

Untuk keterangan lanjut, layari www.bmw.com.my.


Gallery

Tag:

BMW Malaysia
BMW financial services
Sport Active Vehicle (SAV)
BMW XM Label Red
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Berita Auto

Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!

Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.

21-01-2026
Kereta Baru

BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K

BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.

15-01-2026
Kereta Baru

BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia

BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.

15-01-2026
Pandu Uji

BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik

Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.

10-11-2025
Kereta Baru

Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800

BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800

Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.

21-07-2025
Kereta Baru

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Jangan Beli SUV Kompak Dulu! Ini 3 Pertaruhan Baharu Suzuki di Malaysia Yang Sedia Gugat Pasaran

Naza Eastern Motors Kembangkan Rangkaian Suzuki: Tiga Varian Baharu SUV Gaya Hidup Kini Tiba.

05-06-2026
Kereta Baru

Bukan Biasa-Biasa! Ford Everest Platinum 3.0L V6 Kini Di Malaysia, SUV Paling Berkuasa Dalam Kelasnya

Ford Peluas Rangkaian Everest Di Malaysia: Tiga Varian Baharu, Tawaran 'Early Bird' Menanti Pembeli Jun.

05-06-2026
Kereta Baru

BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian

Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.

05-06-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026