Link Copiedcheck_circle
Global

GWM Tuduh BYD Langgar Piawaian Pencemaran Udara China

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Great Wall Motor (GWM), pengeluar kereta terkemuka dari China, dilaporkan telah melontarkan tuduhan terhadap pesaingnya, BYD, kerana dikatakan telah melanggar piawaian pencemaran udara China. Namun, BYD menolak tuduhan tersebut dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang. 


Tuduhan ini membabitkan sedan Qin Plus dan SUV Song Plus, model hibrid plug-in terlaris yang dikeluarkan syarikat BYD. Khabar angin mengenai pelanggaran piawaian itu telah disebarkan oleh GWM melalui WeChat rasmi syarikat. 


 Song Plus dan Qin Plus


Walaupun tidak disertakan dengan bukti, GWM mengatakan bahawa pada 11 April, mereka telah mengemukakan dokumen kepada  Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar, Kementerian Industri dan Maklumat serta pengawal selia pasaran teratas China.


Dalam aduan tersebut, GWM mendakwa BYD menggunakan tangki bahan bakar tanpa tekanan pada sedan dan SUV terlaris mereka. Menurut GWM, penggunaan tangki gas seperti itu menyebabkan bahan bakar menjadi wap lebih cepat berbanding tangki  yang memiliki tekanan. 



Sedan Qin Plus


Isu tangki bahan bakar bertekanan penting bagi kenderaan hibrid plug-in, di mana bahan bakar direka untuk kekal dalam tangki lebih lama berbanding kenderaan ICE konvensional kerana sistem hibrid dicipta untuk memberi keutamaan kepada penggunaan sistem elektrik. Oleh itu, terdapat peraturan yang mengehadkan jumlah wap yang boleh terhasil, termasuk penguapan daripada tangki.


Reuters melaporkan bahawa BYD menolak tuduhan tersebut dengan menyatakan bahawa GWM telah membeli kenderaan BYD dan menjalankan ujian tanpa penyeliaan pihak ketiga. BYD juga menolak dakwaan  yang dilemparkan GWM dengan menyatakan bahawa ujian yang dilakukan oleh syarikat tersebut melebihi jarak yang ditetapkan dalam peraturan China.



SUV Song Plus


Dalam kenyataan mereka, BYD menyatakan bahawa mereka menentang sebarang tingkah laku persaingan yang tidak adil dan akan mempertahankan hak mereka dengan mengambil tindakan undang-undang. 


"Kami berharap semua pihak bertindak dengan cara yang memberi manfaat kepada industri dan jenama-jenama Cina. Pembangunan perniagaan kenderaan tenaga baru bukanlah perkara yang mudah,” kata BYD dalam satu kenyataan. 





Tag:

BYD
Song Plus
Qin Plus
WeChat
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Berita Auto

Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim

Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.

05-08-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai

Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.

07-05-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik

BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.

17-03-2026
Berita Auto

BYD ‘Laku Keras’ Sampai Tak Cukup Tangan? BYD Sime Motors Agresif Buka Lebih 40 Bilik Pameran Seluruh Negara!

BYD Sime Motors terus mengukuhkan cengkamannya sebagai raja kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan membuka lebih 40 bilik pameran.

09-03-2026
Berita Auto

Perang Gergasi Automotif: Geely Rampas Takhta BYD Di China, Jualan BYD Jatuh 50%

Geely secara rasminya telah memintas gergasi kenderaan tenaga baharu (NEV), BYD, untuk muncul sebagai jenama nombor satu dari segi jualan runcit dan borong.

16-02-2026

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026