Link Copiedcheck_circle
EV

Info Penting Volvo EX30 Terbongkar! Berpunca Laman Web Rasmi Volvo Sendiri?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Beberapa hari sebelum pelancaran rasmi,  beberapa info penting Volvo EX30 terbongkar! Kali ini, kebocoran besar ini berlaku dalam laman web rasmi Volvo sendiri  melalui fungsi pengkonfigurasi kereta tersebut.


Pengkonfigurasi tersebut terdapat di laman web untuk beberapa ketika sebelum dipadamkan. Bagaimanapun, perkara ini berjaya dirakamkan sebelum disebarkan untuk tatapan umum. 



Pengkonfigurasi Volvo EX30 yang dipaparkan pada laman rasmi Volvo EX30 (Sumber: Carscoops)


Berbeza dengan kebocoran imej paten yang pernah berlaku sebelum ini, kali ini kita dapat melihat dengan lebih jelas reka bentuk EX30 yang mempunyai banyak persamaan dengan EV flagship terkini Volvo, iaitu Volvo EX90. Reka bentuk ini termasuk lampu hadapan LED Mjolnir yang telah diubahsuai, reka bentuk lampu belakang LED yang menyerupai C40 Recharge dengan elemen C dan pelbagai lagi ciri menarik lain. 



Imej Volvo EX30 yang diambil daripada fungsi pengkonfigurasi Volvo EX30


Perbezaan ketara antara EX30 dan EX90 terletak pada saiznya, dengan EX30 merupakan versi mini daripada model yang lebih besar. InsideEVs pula melaporkan, saiz EX30 juga lebih kecil berbanding SUV EV kompak terkini Volvo, iaitu Volvo XC40 Recharge.


Ciri lain yang dapat dilihat dengan jelas daripada kebocoran kali ini adalah penggunaan warna dua tona pada bahagian bumbung dan juga reka bentuk roda. 


Autocar melaporkan, EX30 akan ditawarkan dalam dua varian dengan kemampuan yang berbeza. Varian asas yang masih belum diberikan nama rasmi akan menggunakan bateri fosfat besi-litium (LFP) 51 kWh yang lebih kecil, manakala varian yang lebih tinggi dilengkapi bateri nikel-kobalt-mangan (NCM) 69 kWh yang lebih besar. Digabungkan dengan motor elektrik dipasang di bahagian belakang (RWD), varian dengan bateri NCM mampu mencapai jarak perjalanan hingga 480 km.



 Imej paten Volvo EX30 yang pernah terdedah sebelum ini (Sumber: Cochespias.net)


Selain itu, Volvo juga mengatakan bahawa EX30 akan menjadi model yang paling mesra alam pernah dihasilkan. Jejak karbonnya dianggarkan 25% lebih rendah berbanding model C40 Recharge dan XC40 Recharge.


Mengenai ciri keselamatannya, tidak pasti sekiranya EX30 turut akan dilengkapkan dengan teknologi yang sama seperti abangnya, EX90. Model yang lebih besar ini dilengkapi pelbagai ciri keselamatan seperti lima radar, lapan kamera, dan 16 sensor ultrasonik yang penting untuk fungsi pemanduan kendiri. 


Volvo EX30 dijadualkan akan dilancarkan di peringkat global pada 7 Jun 2023. SUV EV kompak dari Sweden ini dianggarkan akan dijual pada harga AS$45,000 (sekitar RM207,000).


Nantikan perkembangan terkini yang akan kami kongsikan dari masa ke masa. Ikuti kami di Facebook dan Instagram supaya tidak ketinggalan!



Tag:

Volvo EX30
EX30
teaser
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

13-01-2026
Pandu Uji

15-11-2025
EV

11-02-2025
Kereta Baru

03-01-2025
Kereta Baru

25-09-2024
Pandu Uji

11-09-2024
EV

26-08-2024
EV

12-08-2024

Berita Terkini

EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026