Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LRT KL Sentral Kini “LRT KL Sentral- redONE” – Satu Strategi Pemasaran?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

dummy.png


Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (Pride) dan redONE Network Sdn Bhd (redONE) baru-baru ini mengumumkan kerjasama yang melibatkan penjenamaan semula Stesen LRT KL Sentral menjadi 'KL Sentral redONE'. 


Dalam pengumuman tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Pride, Fa'izah Khairuddin, menjelaskan bahawa kerjasama ini merupakan sebahagian daripada perjanjian hak penamaan stesen yang berlangsung selama lima tahun. Langkah ini merupakan inisiatif strategik bagi mereka untuk membina perkongsian dengan jenama yang terkenal serta memperluas dan memperkukuh kehadiran jenama mereka dalam pelbagai aset Prasarana.


dummy.png


Menurut Fa'izah, hak penamaan ini merupakan salah satu bentuk penajaan dan pemasaran yang paling eksklusif dalam era ini. Melalui kerjasama ini, pihak korporat kini mempunyai saluran langsung dan program yang membolehkan mereka terlibat secara aktif dalam peningkatan pengangkutan awam. 


Semasa majlis pelancaran penjenamaan semula yang diadakan di KL Sentral pada hari Isnin, Fa'izah menyatakan bahawa langkah ini penting untuk meningkatkan kualiti sistem pengangkutan awam. 


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif redONE, Farid Yunus, menyatakan bahawa kerjasama ini memberi peluang kepada jenama mereka untuk dipromosikan kepada berjuta-juta pengguna stesen, selain memperkuatkan kehadiran mereka di Lembah Klang. 


dummy.png


"Kami menyasarkan segmen B40 dan M40 dan percaya kerjasama ini adalah platform baik dalam usaha menjangkau khalayak berkenaan," katanya pada majlis itu.


Penjenamaan semula ini menyaksikan paparan stesen ditukar nama di seluruh kawasan utama dan laluan Kelana Jaya, termasuk papan tanda, peta serta di dalam tren. 

Stesen yang dibangunkan lebih 20 tahun yang lalu ini telah direka untuk berfungsi sebagai hab yang menghubungkan semua perkhidmatan transit aliran ringan di Lembah Klang, termasuk bas bandar, serta keretapi Intercity seperti ETS dan tren biasa untuk ke bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia.

Tag:

Prasarana
KL Sentral redONE LRT station
redONE
KL Sentral
Pengangkutan Awam
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

07-12-2023
Berita Auto

09-12-2022
Berita Auto

06-12-2022
Berita Auto

11-11-2022
Berita Auto

09-11-2022
Berita Auto

23-09-2022
Berita Auto

24-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026