Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Malaysia Autoshow 2023: PEUGEOT E-2008 Bakal Goda Pengunjung

Suhana Veru

Kongsi melalui


Bermaz Auto Berhad akan menyertai Malaysia Autoshow 2023 yang akan diadakan pada 4 Mei hingga 7 Mei ini.  

Untuk makluman, pameran itu adalah anjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) yang akan diadakan di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS).

Untuk itu, tiga jenama di bawah Bermaz Auto, Mazda, PEUGEOT dan Kia, akan berada di sepanjang pameran berkenaan. 

Maka, BAuto tidak akan melepaskan peluang keemasan dengan mempamerkan model baharu Kia iaitu Kia Sorento serba baharu.

Di sebalik itu, apa yang dinanti-nantikan ialah pratonton khas model elektrik (BEV), Peugeot e-2008.


Mengenai Peugeot e-2008, ia merupakan sebuah EV SUV bersaiz kecil yang dikuasakan motor elektrik tunggal bersama bateri litium ion berkapasiti 50 kWj. 

Ia mampu menghasilkan 130 hp dan tork 260 Nm memberikan jarak gerak sehingga 320 km.

Peugeot e-2008 juga menyokong 100 kW mengecas dari mana-mana stesen Pengecas pantas DC sekali gus membolehkan ia mencapai 80% caj dalam 30 minit.

Bukan itu sahaja, BAuto akan mengadakan sesi pandu uji untuk beberapa model seperti Mazda CX-30, Mazda CX-3, Kia Sorento dan Kia Carnival dengan varian konfigurasi 7 tempat duduk, serta Peugeot 2008 dan Peugeot 3008.

Bagi yang berminat untuk mengunjungi pameran ini, tiket dijual dijual pada harga RM15 untuk warganegara dan RM25 untuk bukan warganegara.

Tiket boleh dibeli menerusi laman sesawang ticket2u.


Gallery

Tag:

BAuto Peugeot
Mazda Malaysia
Malaysia Autoshow
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kejohanan Golf Amal Mazda ke-11 Capai Kutipan Dana RM1.4 Juta

Acara Kejohanan Golf Amal Mazda ke-11 yang berlangsung di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam, baru-baru ini telah berjaya mengumpulkan dana mencecah RM1.4 juta.

07-10-2025
Kereta Baru

Harga Mazda CX-30, CX-5, CX-8 Semakin Murah – Potongan Harga Cecah RM20,000!

Bermaz Auto Berhad (BAuto) dalam diam telah merendahkan harga untuk beberapa model SUV Mazda lain selain CX-80 yang dipasang secara tempatan (CKD) iaitu CX-30, CX-5 dan CX-8.

05-10-2025
Kereta Baru

Harga Mazda CX-80 2.5G PHEV 2025 Dikurangkan – Kini RM35,000 Lebih Murah

Hanya beberapa minggu selepas diperkenalkan di pasaran tempatan, pengedar rasmi jenama Mazda di Malaysia, Bermaz Auto Berhad (BAuto) telah membuat mengemaskini harga bagi model SUV, Mazda CX-80 2.5G PHEV.

01-10-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...

Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.

21-09-2025
Kereta Baru

Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000

Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High.

03-09-2025
Kereta Baru

Mazda CX-80 2025 Kini Di Malaysia – 1 Varian CBU, PHEV, Dari RM330,000

Bermaz Motor (BAuto) secara rasmi telah melancarkan Mazda CX-80, model tiga baris premium yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

03-09-2025
Berita Auto

Spesifikasi Mazda CX-60 Untuk Pasaran Malaysia Bocor Sebelum Pelancaran

Spesifikasi SUV premium Mazda CX-60 untuk pasaran Malaysia kini tersebar di media sosial selepas seorang pengedar membocorkan maklumat tersebut melalui Facebook.

11-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026