Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat Badan & Cat C&C Glenmarie Terima Akredasi Tertinggi Mercedes-Benz

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pusat servis Cycle And Carriage (C&C) Mercedes-Benz di Glenmarie telah ditingkatkan kepada status akreditasi tertinggi Mercedes-Benz iaitu Pusat Kecekapan.


Ini menjadikan C&C Glenmarie sebagai salah satu daripada dua pusat badan dan cat yang diakreditasi di Malaysia, lokasi lain yang turut menerima pengiktirafan sama ialah C&C Batu Caves.


Ketua Pegawai Eksekutif C&C Malaysia, Thomas Tok, berkata, "Kami bangga mengumumkan bahawa C&C Glenmarie telah mencapai status akreditasi Mercedes-Benz yang tertinggi demi kualiti penjagaan dan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. 




"Kami menjangkakan lebih ramai pemilik Mercedes-Benz dapat memanfaatkan perkhidmatan pembaikan bertaraf dunia yang ditawarkan. Kami akan terus menaiktaraf kemudahan pasca jualan supaya dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan," tambahnya.


Pusat servis berlesen C&C Glenmarie mempunyai keluasan 86,600 kaki persegi dan termasuk bengkel, pusat badan dan cat, butik tayar dan rim, sebuah showroom dengan sepuluh unit pameran, dan kawasan pejabat. 


Buat masa ini, C&C Glenmarie memiliki kapasiti untuk menampung 21 kenderaan dalam bengkel dan 15 kenderaan untuk servis badan dan cat.




Pengiktirafan sebagai Pusat Kecekapan ini bermakna cawangan tersebut lengkap dengan peralatan canggih serta pengetahuan teknikal yang penting untuk melakukan kerja pemulihan yang kompleks seperti penjajaran semula rangka (chassis realignment) dan pengelasan struktur aluminium. Kesemuanya dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan.


Untuk mencapai status ini, garis panduan yang ketat dari Mercedes-Benz Group AG mesti dipatuhi. Ini termasuklah pelbagai untuk melepasi ujian penilaian pusat badan dan cat yang dilakukan secara bersama oleh pakar teknikal dari Mercedes-Benz Global Service and Parts dan pasukan perkhidmatan pelanggan Mercedes-Benz Malaysia.


Kakitangan juga diberikan latihan teknikal agar piawaian Mercedes-Benz dalam proses pembaikan kenderaan kepada spesifikasi sentiasa dipenuhi.

Tag:

Mercedes-Benz Malaysia
Cycle & Carriage
Cycle & Carriage Glenmarie
C&C
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.

14-01-2026
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.

26-06-2025
Kereta Baru

Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.

05-06-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!

Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...

16-08-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!

MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam

08-08-2024
Berita Auto

Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!

Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?

05-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG GLA 45 S 4Matic+ Kini Di Malaysia – Dari RM539,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA45S 4Matic+ facelift. Ini spesifikasinya...

04-07-2024
Kereta Baru

Mercedes-AMG C63 S E Performance F1 Edition Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM958,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Mercedes-AMG C63 S E Performance. Ini spesifikasinya...

04-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026