Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

2 Lagi Terkorban di LPT 2

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

LPT 2

Dua hari lepas, sepasang suami isteri maut termasuk seorang anak mereka terkorban dalam nahas di Kilometer 267.2, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Cheneh, Terengganu.

Terbaharu, sepasang suami isteri warga emas pula terbunuh di Kilometer 392.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Bukit Besi-Ajil, Terengganu semalam.

image.png

Kali ini disebabkan kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu oleh anak lelaki mereka telah merempuh belakang sebuah treler.

image.png

Keadaan Toyota Hilux. Gambar: JBPM

Akibat rempuhan kuat, warga emas itu, Mohd Ghani, 68, yang juga pesara kerajaan dan isterinya Minah Abdullah, 69, meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan di beberapa bahagian badan.


Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmeera Hassan mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Hasil siasatan awal mendapati kenderaan 4WD Toyota Hilux dinaiki mangsa dengan anak lelakinya datang dari Kuantan menghala ke Kuala Terengganu, manakala treler pula dari arah Kuantan ke Kota Bharu.

image.png

Beliau berkata, rempuhan kuat menyebabkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan pacuan empat roda, manakala treler yang membawa muatan hampas kelapa sawit hanya pecah tayar kanan dan bengkok besi belakang.

"Pemandu dan kelindan treler tidak mengalami sebarang kecederaan manakala anak lelaki warga ema situ patah kedua-dua belah kaki,” katanya.

image.png

Di sebalik kemalangan maut bertubi-tubi di LPT2, ada yang mengaitkan wujudnya gangguan makhluk halus di laluan itu.

Sebelum ini, wartawan sinar Harian ada mengupas isu tersebut dan berjumpa dengan mangsa kemalangan dan pengguna LPT2 yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari.

Rata-rata mereka tidak menolak kemungkinan kemalangan turut dipengaruhi faktor gangguan makhluk halus berdasarkan pengalaman seram yang pernah dilalui.

Sekitar tahun 2015, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) ada mengeluarkan kenyataan bahawa  pula LPT2 tidak mempunyai sebarang masalah dan selamat walaupun dianggap 'berhantu' berikutan beberapa siri kemalangan maut yang berlaku.

Apa pula pandangan anda? 

Gallery

Tag:

Royal Malaysian Police (PDRM)
JPJ
kemalanganmaut
Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS)
LPT 2
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Wanita Maut Dilanggar Pemandu Positif Dadah

Seorang wanita maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh pemandu lalok dadah

18-11-2024
Berita Auto

Polis Pun Guna Honda!

PDRM cawangan MPV Kajang mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima lima buah Honda Civic FE, baru-baru ini.

13-02-2024
Berita Auto

OP Lancar Bermula Khamis Ini

Hati-hati anda dipantau dari atas.

06-02-2024
Berita Auto

Hati-Hati Keluar Duit!

Suspek guna parang, kayu besbol pecahkan kereta.

31-12-2023
Berita Auto

AWAS Kaum Lelaki, Jangan Suka Hati Kencing Di Tempat Awam

Hati-hati buat mereka yang suka kencing di merata tempat/

21-11-2023
Berita Auto

Nyawa Sudah Melayang, Bila Isu Jalan Berlubang Nak Selesai?

Penunggang motosikal maut selepas terlanggar jalan berlubang.

20-11-2023
Berita Auto

Ibu Bapa Patut Kena Hukum, Biarkan Anak Memandu

MOT akan menkaji semula akta sedia ada.

16-11-2023
Berita Auto

Ramai Masih Keliru

Nampaknya, orang ramai masih keliru dengan cukai jalan dan lesen memandu digital.

08-11-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026