Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Belum Lagi Didedahkan Tapi Imej Kia Picanto 2024 Bocor Lebih Awal!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

dummy.png


Baru-baru ini, imej Kia Picanto versi facelift 2024 tersebar untuk tatapan umum lebih awal daripada tarikh pelancaran rasminya yang bakal diadakan pada penghujung bulan ini. Imej yang terbocor di internet itu memaparkan Picanto varian tinggi, GT-Line. 


Bagaimanakah Reka Bentuk Kia Picanto Facelift 2024?


Perubahan yang paling ketara adalah pada bahagian hadapan, yang kini tampil lebih agresif, seperti SUV crossover elektrik, Kia EV9, yang ditonjolkan oleh reka bentuk lampu hadapan LED yang melintang. Sudut yang sama juga kelihatan lebih petak, berbeza dengan keluaran sebelum ini. Selain itu, kedudukan bonet model kali ini lebih tinggi. Dari tepi, model ini dipasangkan dengan rim aloi dua tona. 


dummy.png


Bergerak ke bahagian belakang, reka bentuk lampu belakangnya juga telah diberikan pembaharuan, dengan jalur lampu yang melintang memenuhi kelebaran kereta. Di sini juga terdapat pemasangan faux diffuser untuk gaya lebih ranggi. 


dummy.png


Bagaimanakan Bahagian Kabin Kia Picanto Facelift 2024?


Di dalam kabin, tidak banyak yang didedahkan kerana hanya satu imej ruang kabin yang disebarkan. Perbezaan yang jelas bagaimanapun dapat dilihat pada bahagian panel instrumen digital dan juga sistem infotainmen yang hadir dengan dengan grafik baharu. Selain daripada itu, tidak banyak perubahan yang dapat disaksikan dengan jelas. 


dummy.png


Apakah Enjin Yang Digunakan Kia Picanto Facelift 2024?


Dari segi mekanikal, model ini mungkin masih menggunakan enjin 1.0L yang sama dengan output 66 hp dan juga varian dengan output sehingga 99 hp.


Perubahan yang dilakukan Kia kepada model ini membuatkannya dapat berdiri sebaris dengan model-model lain syarikat ini seperti Sportage, Niro dan EV9.


Bilakah Kia Picanto Facelift 2024 Akan Ditawarkan Di Malaysia?

dummy.pngdummy.png
Kia Picanto pra-facelift, GT-Line sebelum ini ditawarkan oleh Naza Kia pada harga RM59,888


Tidak dapat dipastikan lagi sekiranya Dinamikjaya Motors (Bermaz Auto Malaysia) akan menawarkan Kia Picanto Facelift 2024 untuk pasaran Malaysia. Model versi pra-facelift yang ditawarkan sebelum ini, diedarkan oleh Naza Kia Sdn Bhd. Ketika itu, Kia Picanto ditawarkan pada harga bermula dari RM49,888 untuk versi asas, EX hingga RM59,888 untuk versi lebih tinggi, GT Line. 

Tag:

Kia Picanto
2024 Kia Picanto facelift
Kia Motors
imej terdedah
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Nissan GT-R Hilang Kawalan, Langgar 3 Kenderaan, 2 Maut

Kawasan perumahan yang tenang di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, bertukar menjadi ngeri apabila sebuah supercar Nissan GT-R terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan petang semalam.

05-01-2026
Berita Auto

Beli Kereta Kia & Menang 2 Tiket Ke Australia Open 2025

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar eksklusif model Kia di Malaysia, telah mengumumkan pelancaran kempen “Australia Open 2025 with Kia."

03-08-2024
Global

Negara Jiran Dah Dapat EV9, M'sia Bila Lagi?

SUV Kia EV9 versi elektrik dipamerkan pada SGMS.

16-01-2024
Berita Auto

Kia Motors Bekerjasama Dengan Bermaz Auto – Operasi CKD Bakal Dimulakan

Kia Motors Corporation dan Bermaz Auto Berhad secara rasminya telah bekerjasama untuk memperluas pengeluaran dan juga pemasangan kenderaan Kia di Malaysia.

02-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026