Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jom Pandu Uji Trak Pikap Mitsubishi Triton Off-Road PERCUMA 24-25 Jun Ini!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Mitsubishi-Trition-Champion-Xperience__Sharp_-9.jpg


Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akan menganjurkan sebuah karnival pandu uji trak pikap terbuka kepada orang awam secara percuma, Mitsubishi Triton Champion Xperience, yang akan berlangsung di Tanamera Experience, Shah Alam pada 24 Jun (Sabtu) dan 25 Jun (Ahad) bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang.


Digunakan dalam acara ini ialah trak pikap Mitsubishi Triton, trak yang dinobatkan sebagai juara  Asia Cross Country Rally (ACXR) diadakan tahun lalu. Pengunjung berpeluang untuk berada di tempat duduk co-driver melalui laluan mencabar rali yang mendebarkan.


CariCarz_Mitsubishi-Trition-Champion-Xperience__Sharp_-18.jpgCariCarz_Mitsubishi-Trition-Champion-Xperience__Sharp_-7.jpg


Seterusnya, anda juga berpeluang untuk memandu uji varian tertinggi, Triton Athlete, ditemani instructor yang membolehkan pengunjung merasai sendiri teknologi Super-Select 4WD II Triton dan mod off-road yang pertama dalam kelasnya. Teknologi pemanduan all-terrain ini adalah ciri eksklusif yang ditawarkan Mitsubishi, yang terdiri daripada mod pemanduan seperti Gravel, Sand, Muddy dan Rock.


Selain aktiviti pemanduan tersebut, Mitsubishi Triton Champion Xperience turut terdapat pameran trak Triton dan kenderaan rali, Xpander AXCR. Model lain yang juga dapat disaksikan dengan lebih dekat ialah model istimewa homologasi rali yang bersejarah seperti Pajero Junior dan Lancer Evolution VI Tommi Mäkinen Edition.


CariCarz_Mitsubishi-Trition-Champion-Xperience__Sharp_-11.jpg


CariCarz.com telah berpeluang untuk menghadiri sesi previu media yang diadakan hari ini. Terbukti, acara ini tidak patut dilepaskan oleh peminat trak pikap Triton, bukan hanya kerana pengalaman pandu ujinya yang menyeronokkan, tetapi juga kerana suasana acara yang selesa dengan adanya ruang santai untuk menikmati makanan dan minuman yang disediakan di dalam khemah yang sejuk berpendingin hawa. 


CariCarz_Mitsubishi-Trition-Champion-Xperience__Sharp_-12.jpg

CariCarz_Mitsubishi-Trition-Champion-Xperience__Sharp_-20.jpgCariCarz_Mitsubishi-Trition-Champion-Xperience__Sharp_-2.jpg


Sekiranya anda berminat untuk mengikuti acara ini, anda boleh membuat pendaftaran secara dalam talian terlebih dahulu melalui laman web Mitsubishi Triton Champion Xperience yang juga boleh diakses melalui laman web rasmi MMM.


JANGAN BUANG MASA! DAFTAR CEPAT UNTUK GANJARAN!


The-Triton-Champion-Xperience--ENG-(1).jpg


Pendaftar awal akan menerima ganjaran berupa t-shirt eksklusif acara Mitsubishi Triton Champion Xperience, pin top-up Touch 'n Go bernilai RM20, serta peluang untuk menyertai cabutan bertuah khas dengan beg North Face BARDU II sebagai antara hadiah yang ditawarkan. 


CariCarz_Mitsubishi-Trition-Champion-Xperience__Sharp_-19.jpgCariCarz_Mitsubishi-Trition-Champion-Xperience__Sharp_-17.jpg


Selain itu, pelanggan yang membuat tempahan untuk trak pikap Triton semasa acara Mitsubishi Triton Champion Xperience juga dapat menikmati tawaran promosi eksklusif sehingga 30 Jun iaitu hadiah percuma berupa tumbler Stanley yang berkualiti tinggi.


Untuk maklumat pembaca, trak pikap Mitsubishi Triton dijual pada harga yang bermula dari harga RM105,000 di Semenanjung Malaysia. Sila lawati laman web rasmi MMM atau laman web mikro rasmi acara ini untuk maklumat lanjut.


Tag:

Trak Pikap
pandu uji trak
MMM
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)
Mitsubishi Triton Athlete
Mitsubishi Triton
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

27-08-2024
Berita Auto

02-05-2024
Kereta Baru

22-01-2024
Berita Auto

23-06-2023
Berita Auto

04-11-2022
Berita Auto

13-09-2022
Berita Auto

09-09-2022
Berita Auto

23-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026