Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Percubaan Bas Penghubung Kajang & Bangi Ke Putrajaya Mula 3 Julai Ini

Sofea Najmi

Kongsi melalui

451_Socmed_BM_Page1-2048x2048.jpg

Tidak lama lagi, penduduk di sekitar kawasan Kajang dan Bangi dapat menuju ke destinasi dengan lebih mudah! Percubaan perkhidmatan bas Laluan 451 dari Stesen MRT Kajang hingga MRT Putrajaya Sentral akan dilaksanakan selama tiga bulan bermula 3 Julai hingga 30 September 2023 nanti. 

Perkhidmatan ini beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat pada waktu puncak di sebelah pagi (6:30 pagi hingga 8:00 pagi) dan waktu puncak di sebelah petang (4:30 petang hingga 6:00 petang).

451_Socmed_BM_Page2-2048x2048.jpg

Perkhidmatan bas ini akan menghubungkan Kajang dan Bangi dengan Putrajaya melalui hentian terhad di sepanjang laluan, termasuk Hentian Kajang, Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi, Kompleks Parcel E (Barat), Kompleks Parcel D, Kementerian Kewangan, Istana Kehakiman (Utara), Perbadanan Putrajaya dan Galeri PJH.

Ketua Pegawai Operasi, Rapid Bus Sdn Bhd,  Ku Jamil Zakaria, berkata, “Perkhidmatan percubaan ini adalah salah satu inisiatif Rapid Bus Sdn Bhd dalam menyediakan sistem rangkaian pengangkutan untuk menghubungkan lokasi-lokasi yang tidak diliputi oleh sistem pengangkutan rel. Sepanjang tempoh percubaan, kami akan mengkaji keberkesanan perkhidmatan bas sebagai penghubung jurang tersebut.

rapid-kl-bus-caricarz-LRT-Bus.jpg

“Buat masa ini, tiada perkhidmatan pengangkutan awam lain yang menghubungkan orang ramai mahupun kakitangan kerajaan yang tinggal di Kajang dan Bangi untuk terus ke Putrajaya. Perkhidmatan percubaan ini juga adalah untuk mengenalpasti sama ada terdapat permintaan bagi laluan ini, terutamanya buat mereka yang berkerja di kawasan Putrajaya,” tambah beliau

Tambang sebanyak RM1.00 untuk perjalanan satu hala sangat berpatutan berbanding memandu kenderaan sendiri. Penumpang boleh membayar tambang menggunakan Pas Perjalanan Tanpa Had My50, Kad Konsesi MyRapid dan kad Touch n' Go.

Di Stesen MRT Putrajaya Sentral, penumpang boleh meneruskan perjalanan mereka menggunakan perkhidmatan bas perantara MRT atau bas Nadiputra untuk ke destinasi di kawasan Putrajaya.

Pengguna kenderaan sendiri boleh meletakkan kereta di kawasan parkir Stesen MRT Kajang atau Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi sebelum menggunakan perkhidmatan bas ini.

Untuk maklumat lanjut, penumpang boleh melayari media sosial rasmi Rapid KL atau laman web: www.myrapid.com.my.


Tag:

Laluan 451
Bas Percubaan
Kajang
Bangi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Operasi KTM Komuter Kajang 2 Bakal Bermula

Operasi stesen KTM Komuter Kajang 2 bakal bermula pada bulan ini.

10-03-2023
Berita Auto

Operasi KTM Komuter Kajang 2 Bakal Bermula

Operasi stesen KTM Komuter Kajang 2 bakal bermula pada bulan ini.

10-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026