Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Prototaip Daihatsu Mira EV Ditayang!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berpeluang menyaksikan prototaip Daihatsu Mira EV ketika mengadakan lawatan ke kilang produksi Daihatsu Motor Co. Ltd. (DMC) di Kyoto, Jepun.

Beliau berkata, tujuan lawatan itu adalah untuk melihat kilang Daihatsu yang direka berasaskan agenda ESG. 

“Lawatan ini juga untuk mendalami pelan pelaburan jangka panjang DMC di Malaysia terutamanya untuk kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan cekap tenaga (EEV).

Screenshot-2023-06-03-104108.png

“Jika anda nak tahu, Daihatsu melalui Perodua telah menjadi sebahagian daripada transformasi automotif Malaysia sejak 1983 lagi! Kerjasama ini membantu Malaysia menjadi pengeluar kenderaan bermotor ketiga terbesar di Asia Tenggara selepas Thailand dan Indonesia,”tulisnya di status Facebook rasminya.

Malah, beliau yakin bahawa pelaburan berterusan Daihatsu di Malaysia akan meningkatkan potensi industri automotif dan EV di Malaysia, selaras dengan Aspirasi Pelaburan Baharu (NIA) yang menyokong pelaburan berteknologi tinggi.

image.png

Seperti sedia maklum, Daihatsu mempunyai hubungan rapat dengan Perodua di Indonesia.

Di situ, Daihatsu telah pun menyatakan visinya mengenai EV dengan konsep Electric Motion Online (EMO), yang dipertontonkan kepada umum pada bulan lepas.

image.png

Perodua, sebaliknya, sebelum ini menyatakan bahawa hibrid akan menjadi yang pertama memasuki pasaran, dengan projek Perodua CKD Hybrid xEV baharu yang akan dilancarkan tahun ini. 

Perodua merancang untuk melancarkan HEV pertamanya pada 2024 dan BEV pertamanya pada 2029.

Gallery

Tag:

tengkuzafrul
daihatsu mira
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Baguslah Kalau Nak Pasang Lebih Banyak Pengecas EV

Kerajaan menyasar untuk memasang 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025.

21-07-2023
EV

Prime Mover EV Boleh Gerak 300KM Dengan Sekali Cas

Volvo Trucks Malaysia memperkenalkan lori terminal (prime mover) tugas berat elektrik sepenuhnya di Malaysia.

13-07-2023
EV

Pasaran EV Semakin Berkembang, Tengku Zafrul

PKS serta vendor digesa untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini EV.

04-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026