Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada Kereta Uzur, Nak Lupus? Cari MPAJ

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebuah kereta yang mahu dilupuskan. - Gambar hiasan.

Anda memiliki kereta lama yang sudah tidak digunakan? Jika ya, anda boleh menyerahkan kenderaan anda untuk dilupuskan secara sukarela kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Ini kerana Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) ada mewujudkan Pusat Sehenti Kenderaan Terbiar yang bertujuan untuk memudahkan orang ramai melupuskan kenderaan mereka tanpa mengeluarkan sebarang bayaran untuk berbuat demikian.

Antara kenderaan yang boleh dilupuskan selain kereta ialah motosikal, dan basikal.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad.

image.png

ANI AHMAD.

MPAJ merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Malaysia yang melaksanakan usaha sebegini.

“Perkara ini juga akan membantu mewujudkan persekitaran kawasan Ampang Jaya ke arah lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mesyuarat penuh MPAJ.

Bagi yang tidak tahu, sebelum ini proses pengurusan pelupusan terpaksa ambil masa enam hingga 12 bulan.

Namun apa yang menarik, dengan adanya pusat sehenti itu ia mempercepatkan lagi proses iaitu antara dua hingga empat bulan sahaja.

lupus-2.jpg

Bagaimanapun, tidak pasti sama ada pihak MPAJ akan menerima kereta dari luar pentadbiran seliaannya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ani berkata, proses melupuskan kenderaan itu cukup mudah.

Si pemilik kereta hanya perlu memaklumkan perkara itu kepada MPAJ  dan selebihnya ia akan diuruskan pihak berkuasa tempatan berkenaan.

“Permohonan akan diproses dalam masa 48 jam,” tambahnya.

image.png

Nampaknya, inisiatif yang diambil MPAJ ini sekurang-kurangnya dapat menangani masalah  isu lambakan kenderaan motor yang tidak lagi sesuai digunakan atas jalan raya sama ada dari aspek road-worthiness (layak dipandu) atau keselamatan penggunaannya serta dari aspek pencemaran kepada alam sekitar.

Tetapi apa pula pandangan anda? Kongsikan.


Gallery

Tag:

MPAJ
kereta lama
lupuskan kereta
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Simpan Cepat Kereta Lama Anda Sebelum Ditunda DBKL!

DBK kini sedang giat menjalankan operasi tunda kereta lama yang tersadai di beberapa lokasi awam,.

25-07-2024
Berita Auto

Kos Sara Hidup Tinggi, Tak Jadi Hapuskan Kereta Lama

Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan dasar bagi menamatkan hayat kenderaan lama.

24-10-2023
Berita Auto

[FOTO] Gara-Gara GPS, Sindiket Curi Kereta Lama Untuk Jual Komponen Tumpas

Seorang lelaki tempatan dan dua lagi individu lain berjaya diberkas oleh pihak polis kerana terlibat dalam sindiket curi model kenderaan lama.

10-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026