Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Fungsi Kereta Porsche Kini Boleh Dikawal Dengan Apple CarPlay

Sofea Najmi

Kongsi melalui

My-Porsche-dan-Apple-CarPlay-1.jpeg


Baru-baru ini, Porsche mengumumkan kemas kini baharu membabitkan ciri sambungan Apple CarPlay. Pembaharuan yang dibuat ke atas sistem tersebut membolehkan fungsi kenderaan diintegrasikan ke dalam sistem CarPlay. 


Kemas kini yang ditawarkan kali ini menjadikan Porsche syarikat pengeluar kereta pertama dengan kemampuan integrasi tersebut.


CEO Porsche Digital dan CIO Porsche AG, Mattias Ulbrich berkata, "Kami gembira untuk terus meningkatkan aplikasi My Porsche dan menggunakan keupayaan Apple CarPlay untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik.”


Fungsi kenderaan dapat diakses melalui Apple CarPlay dengan menggunakan aplikasi My Porsche. Dalam aplikasi ini, pengguna dapat memantau keadaan cas bateri, mengawal suhu pendingin hawa, dan memasukkan destinasi ke dalam sistem navigasi. Selain itu, ia juga menghubungkan akaun dengan pihak ketiga seperti Apple Music® dengan aplikasi berkaitan yang lain di dalam Porsche Communication Management (PCM).


My-Porsche-dan-Apple-CarPlay-2.jpeg


Fungsi asas seperti tetapan audio, penukaran stesen radio, serta pencahayaan ambien juga boleh diakses dengan mudah melalui aplikasi ini. Tetapan yang dibuat boleh digabungkan ke dalam mod wellness yang tertentu seperti  “relax”, “warm up” dan “refresh.”


11Porsche-Cayenne.png


Pengguna juga dapat menggunakan Siri semasa memandu Porsche untuk mengawal pelbagai fungsi kenderaan dengan lebih mudah.


Untuk mengaktifkan ciri baharu ini, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang dipaparkan pada PCM. Aplikasi My Porsche akan terus menerima kemas kini secara berkala. 


12Porsche-Cayenne.png


Fungsi inovatif ini diperkenalkan dalam model terkini Porsche Cayenne sebelum diperluaskan kepada model lain pada masa akan datang.

Tag:

My Porsche
Apple Carplay
Porsche Cayenne
Porsche
Kemas Kini
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video

Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.

23-02-2026
EV

Cayenne Electric Diperkenalkan, Model Paling Berkuasa Porsche Setakat Ini, Capai 1,140 HP!

Jenama kereta sport ikonik Jerman, Porsche, akhirnya memperkenalkan Porsche Cayenne Electric!

20-11-2025
EV

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025
EV

Porsche Cayenne Versi EV Sedang Dibangunkan, Model ICE Kekal, Enjin V8 Akan Diperbaik

Porsche kini sedang membangunkan model generasi baharu bagi menggantikan Cayenne generasi ketiga.

26-07-2024
Berita Auto

Kilang Porsche CKD di Kulim Diperluas – Pemasangan Cayenne S E-Hybrid Coupe, Eksport ke Thailand

Sime Darby Berhad (Sime Darby) hari ini mengumumkan peluasan barisan pemasangan tempatan (CKD) untuk model Porsche Cayenne di kilang Inokom.

24-07-2024
Berita Auto

Nasib Gajah, Pemandu Porsche Selamat

Sebuah Porsche remuk teruk gara-gara seekor gajah.

16-03-2024
Kereta Baru

Porsche Cayenne Facelift, Harga RM600K!

Porsche Cayenne yang diproduksi di Kulim, Kedah sudah ada di pasaran.

06-10-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026