Link Copiedcheck_circle
EV

Garis Panduan Bina Stesen Pengecas EV Akan Diumumkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CARICARZ_HARGESINI_TERMINAL-1-SEREMBAN-LAUNCH_-8.jpg

JBPM telah menyediakan garis panduan untuk stesen pengecas EV


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menyediakan garis panduan untuk stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di premis dan kawasan komersial di seluruh negara.


Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman berkata, garis panduan tersebut telah diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk dinilai sebelum diumumkan secara rasmi.


datuk-ahmad-izram-osman-bernama.jpg

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman (Foto: Bernama)


Ahmad Izram menyatakan, JBPM telah berkerjasama dengan Persatuan Arkitek Malaysia, Persatuan Kenderaan Pelepasan Karbon Sifar (ZEVA), dan pelbagai badan bukan kerajaan untuk menyediakan garis panduan ini. Garis panduan tersebut merangkumi perkara seperti jarak kenderaan dari laluan masuk dan keluar premis, tingkat bangunan yang sesuai untuk pemasangan, dan aspek keselamatan kebakaran.


Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan pemasangan stesen pengecas EV di premis komersial dan kawasan sekitarnya selamat dan mematuhi standard keselamatan kebakaran. Walau bagaimanapun, garis panduan ini tidak terpakai untuk lokasi kediaman.


Beliau juga menekankan bahawa pemadaman kebakaran kenderaan EV memerlukan penggunaan air yang banyak, memakan masa yang lama, dan mempunyai risiko tinggi untuk terbakar semula. Risiko ini termasuk masalah dengan bateri, keadaan jalan raya, cuaca, dan stesen pengecas.


MINIEVCharger-ChargeSini-Melaka-4.jpg
ChargeSini-MyTownKL-5.jpgChargeSini-MyTownKL-1.jpg

Buat masa ini, garis panduan yang disediakan adalah untuk premis dan kawasan komersial sahaja


JBPM telah mempersiapkan jentera pemadam yang dilengkapi dengan peralatan khas seperti sarung tangan untuk menghadapi kenderaan EV dan hibrid. Mereka juga berkerja dengan pembekal kenderaan elektrik untuk mengenal pasti bahagian kenderaan yang membantu dalam proses pemadaman kebakaran.


DSC00579.jpg

Garis panduan tersebut telah diserahkan kepada KPKT untuk penilaian sebelum diumumkan


JBPM sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan kebakaran yang melibatkan kenderaan elektrik ini dan akan terus meningkatkan kesedaran awam tentang perkara ini.


Ahmad Izram menyatakan bahawa terdapat 1,063 stesen pengecas EV di seluruh negara pada masa ini, dan kerajaan berharap untuk mempunyai sehingga 10,000 stesen pengecas EV menjelang tahun 2025.

Tag:

JBPM
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
KPKT
Stesen Pengecasan EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Elak Risiko Bahaya, Bomba Akan Sedia Panduan Pemasangan Panel Solar

JBPM akan menyediakan garis panduan untuk pemasangan panel solar di seluruh negara.

22-03-2024
Berita Auto

Ngeri! Kereta Ranap Dihempap Pokok

Enam cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap pokok.

06-11-2022
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
Berita Auto

Soket Pengecas EV Terbakar, Mujur Tiada Terkorban

Punca kejadian masih dalam siasatan.

21-04-2025
Berita Auto

Aidilfitri: 12 Lokasi Kemalangan Sudah Dikesan!

12 lokasi kemalangan adalah di sepanjang PLUS dan LPT.

20-03-2025
EV

"Jangan Cas EV Secara Berlebihan Untuk Elak Risiko Kebakaran." – Bomba

Pengguna kenderaan elektrik (EV) dinasihatkan mematuhi arahan pengeluar bagi memastikan keselamatan dan mengurangkan risiko kebakaran.

07-10-2024
Berita Auto

Kemalangan Babit 7 Kenderaan, 1 Parah.

Gara-gara kemalangan membabitkan lapan kenderaan, berhampiran Terowong Menora, Perak menyebabkan seorang parah manakala dua lagi cedera.

01-10-2024

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026