Link Copiedcheck_circle
Global

Kia Sorento Nampak Sama Macam EV9?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Susulan daripada penampilan sulung, Hyundai Sante Fe, Kia Sorento generasi keempat yang telah menerima beberapa penambahbaikan turut didedahkan, sebentar tadi.

Apa yang pasti, pembuat kereta ini menawarkan perubahan visual yang agak ketara baik di dalam mahupun luar.

Bermula pada bahagian luar, Sorento yang diperbaharui kini didatangkan dengan satu set lampu hadapan LED yang lebih nipis dan disusun secara menegak.

Lampu hadapan itu diapit dengan jeriji hidung harimau yang merupakan tanda dagang jenama itu.

image.pngimage.png

Bampar hadapan juga telah diolah semula dengan kemasan pada bahagian bampar memberikan perwatakan yang lebih menonjol berbanding versi sebelum ini.

Pendek kata, adalah jelas bahawa kebanyakan perubahan ini diilhamkan daripada Kia EV9 dan beberapa cirinya juga kelihatan serupa dengan Kia Picanto.

Mudah cerita, kami boleh menjangkakan lebih banyak model Kia dalam masa terdekat akan menggunakan isyarat penggayaan yang serupa.

Penyegaran kali ini melibatkan sebahagian besar bahagian luaran, bampar, lambang jenama Kia, serta lampu belakang LED kini menampilkan kluster bersambung. 

Selain itu, reka bentuk juga agak baharu dan ditambah pula dengan rona luaran yang serba baharu.

image.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan panel paparan panorama melengkung berkembar 12.3 inci yang menempatkan kedua-dua instrumen dan infotainmen yang telah disepadukan dengan perisian terbaharu Kia.

Antara perubahan lain yang boleh dilihat ialah saluran penghawa dingin baharu yang lebih nipis, jalur pencahayaan ambien baharu selain pengawal suhunya juga agak sama dengan  EV6.

Sistem pengesahan jari juga membolehkan pemandu menghidupkan kereta, memasuki mod valet dan membuat pembayaran selamat.

image.pngimage.png

Selain itu, ia juga kini hadir dengan beberapa pilihan warna upholsteri yang baharu.

Kia dikatakan sudah bersedia untuk mengumumkan harga dan kehadirannya di Korea Selatan pada bulan hadapan.

Jadi, spesifikasi yang lengkap akan didedahkan pada majlis pelancarannya nanti.

Sementara itu, bagu pasaran luar negara pula, Kia Sorento facelift dijangka memasuki pasaran Amerika Utara sebagai model 2025.

Gallery

Tag:

Kia Sorento
picanto
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

Kia Carnival, Sorento: Diterjemahkan Dalam 2 Cara Yang CUKUP Hebat

Inginkan kereta tiga barisan tempat duduk dengan penggayaan dan teknologi canggih? Maka Kia Carnival dan Sorento generasi terkini sudah boleh dipertimbangkan.

07-06-2024
Pandu Uji

4 Benda Yang Mak-Mak Suka Tentang Kia Sorento!

CariCarz.com berpeluang menikmati pandu uji Kia Sorento 2023 baru-baru ini.

04-10-2023
Berita Auto

Kia Sorento 2023 Dipertontonkan – 7 Tempat Duduk, 2 Trenkuasa, Harga Dianggarkan Dari RM220K

Bermaz Auto Berhad (BAuto) baru–baru ini telah mempertontonkan kepada pihak media SUV crossover Kia Sorento 7 tempat duduk generasi ke-4. Ini perinciannya...

16-01-2023

Berita Terkini

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026