Link Copiedcheck_circle
Global

Ramai Betul Minat Kereta Dari China

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Persatuan Pengeluar Automobil China (CAAM) mendedahkan China sudah mengeksport 2.14 juta unit kenderaan pada separa tahun 2023. 

Angka pengeksportan kenderaan itu dilihat meningkat 75.7 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

Menurut laporan CarNewsChina, kebanyakan kereta yang dieksport adalah kereta kategori penumpang iaitu 1.78 unit  atau 88.4% lebih banyak berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Dari jumlah itu, sebanyak 534,000 unit adalah kenderaan tenaga baharu (NEV) dimana angka itu meningkat 160 peratus.

image.png

Dikhabarkan sebelum tahun 2021, eksport kenderaan China cuma sekitar 1 juta unit setiap tahun namun keadaan berubah dalam sekelip mata apabila ia memecah 2 juta unit pada 2021, dan kemudian melebihi 3 juta unit menjelang akhir  tahun 2022.

Maka tidak hairanlah mengapa Naib Presiden Eksekutif dan Setiausaha Agung CAAM, Fu Bingfeng menjangkakan eksport kenderaan China mampu melebihi lebih 4 juta unit pada akhir tahun ini.

Antara pasaran yang menerima kenderaan-kenderaan yang dieksport dari China ini termasuk Asia, Eropah dan Amerika Latin.

Sementara itu, tiga negara utama yang menerima kenderaan penumpang dari China adalah Rusia, Mexico dan Belgium. 

Bagi kenderaan tenaga baharu pula, tiga negara utama yang mengimport model-model dari China adalah Belgium, United Kingdom dan Thailand.

image.pngimage.png

Melihat kepada angka-angka ini, syarikat-syarikat dari China seperti Chery dan BYD sudah mula menunjukkan taring mereka.

Apa tidaknya, kedua-dua jenama itu dilihat semakin berkembang dengan pesat pada separuh pertama tahun dengan masing-masing mengeksport 394,000 unit dan 81,000 unit.

Malah,  Chery dan BYD juga sudah semakin popular di Malaysia. 

image.pngimage.png

Melalui rakan kongsi Sime Darby Motors, BYD telah menempa namanya dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan melalui tawaran SUV crossover Atto 3. 

Selain itu, barisan jenama itu dilihat akan berkembang lagi dengan penambahan model Dolphin yang akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada bulan ini.

Bagi Chery pula, jenama itu telah membuat comeback ke pasaran tempatan dengan, mengeluarkan SUV crossover Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro yang turut mencatatkan jualan awal yang kukuh. 

image.png

Seperti BYD, Chery juga bersedia untuk memasuki ruang EV tempatan tidak lama lagi berikutan rancangan untuk memperkenalkan versi EV model Omoda 5 pada 2024.

Apa pula pandangan anda mengenai kereta-kereta yang dieksport dari China ini? Kongsikan.

Gallery

Tag:

BYD
CheryTiggo8Pro
Chery
Ora Good Cat
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Teknologi

10-02-2026
Global

09-02-2026
Global

06-02-2026
Global
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

20-01-2026
EV

16-01-2026

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026