Link Copiedcheck_circle
EV

Smart #1 Bakal Menemui Anda!

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Kereta elektrik smart#1 akan membuat penampilan sulungnya  di Setia City Convention Centre, Shah Alam pada minggu ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh  anak syarikat Proton, Pro-Net dalam satu kenyataan .

Untuk itu, pengedar sah pertamanya untuk jenama Smart,Hap Seng Smart Sdn. Bhd buat julung kalinya akan menayangkan smart#1 kepada umum bermula dari 22 Julai hingga 23 Julai ini.

image.png

Dalam kenyataan yang sama, syarikat itu juga mengesahkan bahawa ia telah pun mengadakan pratonton eksklusif awal untuk tetamu jemputan khas pada minggu lepas di ibu pejabat jenama itu di Subang Jaya. 

Menurut Smart Malaysia, acara dua hari itu bertujuan memenuhi keterujaan dan jangkaan peminat EV tempatan.

Semasa sesi pratonton itu, para jemputan diberi peluang untuk menerokai identiti reka bentuknya, merasai tempat duduknya termasuk berpeluang membelek teknologi canggih yang dilengkapi dalam jentera itu.

image.png

Acara itu turut menawarakan sesi pandu uji khas dan kemudian diikuti dengan sesi menjelajah kenderaan itu dengan lebih dekat.

“Dengan menyatukan peminat EV dan berkongsi pengetahuan, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran dan membolehkan orang ramai menerokai produk kami secara lebih dekat dengan menyediakan peluang untuk mendekati smart #1,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Smart Malaysia, Zhang Qiang.

Beliau turut mengesahkan bahawa smart #1 – disebut sebagai ‘hashtag one’ – akan dilancarkan secara rasmi pada suku akhir (S4) tahun ini.

image.png

Difahamkan, Smart#1 sudah menjalani ujian yang ketat di atas jalan raya sebagai sebahagian daripada proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) smart, termasuk ujian adaptif sejauh 20,000km untuk menilai prestasi, kebolehpercayaan, dan keselamatan kenderaan mengikut kesesuaian sebenar dengan penekanan khusus diberikan kepada keadaan cuaca dan jalan raya di Malaysia.

“Kami telah menjalankan beberapa ujian integrasi tempatan dan fungsi paparan, termasuk 12,000 kes ujian dan pelbagai situasi. 

“Dari segi perkhidmatan, kami telah berjaya membangunkan rangkaian selepas jualan dan sistem dalam talian. Sepanjang 6 bulan yang lalu, kami telah menguji fungsi perkhidmatan secara meluas untuk memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman yang lancar,” ujarnya.

Gallery

Tag:

smart#1
smartproton
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV
Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
EV
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026