Link Copiedcheck_circle
EV

Harga smart#1 Didedah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas beberapa info ringkas mengenai smart #1 didedahkan sejak beberapa bulan lalu, Smart Malaysia akhirnya mendedahkan harga kenderaan elektrik sepenuhnya, smart#1 di pasaran tempatan, sebentar tadi.

Acara pelancaran itu diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini., Kuala Lumpur dan dirasmikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

image.pngimage.png

Seperti mana dimaklumkan sebelum ini, ia didatangkan dalam tiga varian iaitu, Pro, Premium dan Brabus.

image.pngimage.pngimage.png

Bagi varian PRO, ia dijual pada harga RM189,000, Premium (RM219,000) manakala BRABUS pula RM249,000.

IMG_6076.JPG

Apa yang cukup mengagumkan ialah jentera ini didatangkan dengan lima pakej yang cukup menarik.

Antaranya:

smartCharge home bernilai RM3,200 dengan dua tahun waranti

Adaptor Vehicle to Load benilai RM800 (waranti dua tahun)

Data internet 60GB

Pakej aksesori RM2,000

Perlindungan insurans smartPlus

image.png

·Untuk makluman anda, smart #1 ini dibangunkan berdasarkan  platform Sustainable Electric Architecture (SEA) yang dibangunkan oleh Geely.

Mengenai dimensi,  smart #1 membawakan ukuran sepanjang 4,270 mm, lebar 1,822 mm, tinggi 1,636 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,750 mm. Jarak kelegaan tanah pula adalah setinggi 182 mm.

Varian Pro dan Premium mempunyai reka bentuk yang cukup bergaya dan menawarkan pengalaman pemanduan yang mengujakan sebagai kenderaan elektrik pintar. 

Ini kerana, penulis sudah menikmati kedua-dua pemanduan kedua-dua model berkenaan.

Bagi varian smart #1 Pro, ia disumbat dengan motor elektrik tunggal dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 268hp dan tork 343Nm.

Dari segi pecutan pula, ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 6.7 saat dan kelajuan  maksimum pula 180km/j.

Sementara itu,  model smart #1 BRABUS ialah kereta super berprestasi tinggi yang menampilkan reka bentuk luaran yang menarik dan dalaman terang dan dinamik prestasi yang benar-benar melancarkan prestasi nadi elektrik.

Varian smart #1 Pro menampilkan roda Aloi 19 inci, seretannya rendah untuk kestabilan dan Bumbung Halo Panoramik untuk cahaya dan pemandangan semula jadi. 

Ia yang dikuasakan oleh bateri LFP 49kWh membuatkan ia mampu bergerak sejauh 315 kilometer dengan hanya sekali cas.

image.pngimage.png

Bagi varian smart #1 Premium pula, ia menawarkan tambahan ciri termasuk Lampu Depan CyberSparksLED + Matrix, grl hadapan bercahaya, dan Bateri NMC 66kWh.

Ia dilengkapi dengan motor tunggal 200kW/343Nm yang memacu roda belakang dan memberikan jarak WLTP sejauh 440km.

image.pngimage.png

Varian smart #1 BRABUS pula direka untuk mereka yang mahukan prestasi tinggi. Varian ini dikatakan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 3.9 saat.

Varian Brabus ini dilengkapi denagan dua motor elektrik dan membuatkan ia boleh menghamburkan kuasa setakat 422hp dan 543 Nm.

Selain tumpuannya pada prestasi, ia juga menawarkan jarak WLTP praktikal sejauh 400km.

image.png

smart #1 Brabus ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.9 saat.

Lebih menarik, kesemua varian smart #1 dilengkapi dengan bantuan pemandu termaju (ADAS) Tahap 2+.

Antara ciri standard ialahKawalan Jelajah Adaptif (ACC), Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Sokongan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCMS), Sokongan Pengelakan Pelanggaran Belakang (RCMS), Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA)dan Bantuan Kekal Lorong (LKA)

Terdapat juga Amaran Keluar Lorong (LDW), Pengelakan Keluar Lorong (LDP), Bantuan Penukaran Lorong (LCA), Amaran Lintasan Trafik Depan (FCTA) dan Belakang (RCTA), Amaran Bukaan Pintu (DOW), Pemantauan Titik Buta (BSD), Bantuan Lebuhraya (HWA), Bantuan Kesesakan Trafik (TJA), Bantuan Parkir Autonomi, Suluhan Tinggi Automatik (AHB), Brek Kecemasan Parkir (PEB) dan Bantuan Parkir Visual 360 darjah.

Bagi yang berminat untuk membeli jentera comel ini, ia menampilka 10 kombinasi warna iaitu  Future Green, Quantum Blue, Digital White, Cyber Silver, Lumen Yellow, Laser Red, Atom Grey – Matte (Bumbung Atom), Atom Grey – Matte (Bumbung Merah), Cyber Silver (Bumbung Merah) dan Meta Black (Bumbung Merah).

Untuk keterangan lanjut, sila layari https://my.smart.com/#/ .


Gallery

Tag:

smart#1
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kementerian Pengangkutan Terima Proton e.MAS 7, smart #1, smart #3.

Kementerian Pengangkutan Terima Proton e.MAS 7, smart #1, smart #3.

PRO-NET menyerahkan beberapa kenderaan elektrik (EV) kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), semalam.

27-08-2025
Berita Auto
Kalau Dah Minat smart#1, Jom Pandu Uji!

Kalau Dah Minat smart#1, Jom Pandu Uji!

smart Balakong (Hap Seng) and smart Ipoh (GB Auto) memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai sesi pandu smart #1.

27-09-2023
EV
Hello smart App Dilancarkan, Segala Akses EV smart Di Hujung Jari!

Hello smart App Dilancarkan, Segala Akses EV smart Di Hujung Jari!

smart Malaysia telah memperkenalkan Hello smart App. Ini penjelasan fungsi yang ditawarkan.

14-09-2023
EV
Smart #1 Bakal Menemui Anda!

Smart #1 Bakal Menemui Anda!

Kereta elektrik smart#1 akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia pada minggu ini.

20-07-2023
Berita Auto
Banyak Betul Pengedar Dilantik Untuk Jual Kereta Smart#1

Banyak Betul Pengedar Dilantik Untuk Jual Kereta Smart#1

PRO-NET telah melantik lima pengedar baharu.

30-05-2023
Berita Auto
Kakitangan Proton DiHantar Ke China Untuk Pelajari NEV

Kakitangan Proton DiHantar Ke China Untuk Pelajari NEV

Bagi mempelajari lebih mendalam mengenai kenderaan tenaga baharu (NEV), Proton telah menghantar 16 kakitangannya ke Hangzhou, China baru-baru ini.

16-12-2022

Berita Terkini

EV
Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus Hidupkan Bas Diesel Tua, Jadi Canggih Dengan Teknologi EV

Rapid Bus, pengendali rangkaian bas Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, kini sedang menerokai langkah inovatif dalam usaha ‘menghijaukan’ pengangkutan awam negara, lapor The Star.

08-01-2026
EV
Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV
CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV
Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV
VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV
Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV
EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV
EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+  Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026