Link Copiedcheck_circle
EV

Tesla Akan Tawar Cybertruck Untuk Pasaran Malaysia?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Cybertruck_Hero_Desktop.jpg

Mungkinkah Tesla Cybertruck model ketiga yang akan ditawarkan di Malaysia? 

Tesla secara rasminya membuka cawangan di negara kita dan model pertama yang akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia ialah crossover kompak, Model Y, dan juga sedan Model 3. Namun benarkah hanya dua model ini sahaja? Jika kita lihat pasaran pemanduan kanan (RHD) lain di rantau ini, terdapat tanda-tanda bahawa mungkin akan ada penawaran model ketiga.

thumb_Tesla-Model-Y-Resize.jpgthumb_Tesla-Model-3-Resize.jpg



Model ketiga yang dimaksudkan ialah Cybertruck yang telah menarik perhatian ramai. Bulan lalu, model ini dilihat diuji dalam cuaca yang ekstrem di New Zealand, yang mungkin menjadi petunjuk bahawa syarikat kenderaan elektrik (EV) Amerika itu semakin serius untuk menjadikan Cybertruck sebagai model baharu yang akan ditawarkan di peringkat global pada masa akan datang. 

Jika kita melayari laman web rasmi Tesla Australia, New Zealand, dan juga pasaran RHD lain seperti Hong Kong dan negara dengan pasaran trak pikap yang terbesar dunia, Thailand, terdapat tab dan halaman khusus yang mempromosikan Cybertruck.

Di Malaysia, minat terhadap trak pikap menunjukkan peningkatan yang ketara sejak akhir-akhir ini. Ini terbukti daripada kepelbagaian model yang ditawarkan dalam pasaran seperti Ford Ranger, Toyota Hilux, Mitsubishi Triton, Isuzu D-Max dan juga Mazda BT-50 yang berkongsi platform sama. 

Tesla-Cybertruck_Concept-2019-1280-11.jpg
Tesla-Cybertruck_Concept-2019-1280-0e.jpgTesla-Cybertruck_Concept-2019-1280-10.jpg

Kereta konsep Tesla Cybertruck yang didedahkan pada tahun 2019

Mungkin dengan peningkatan penggunaan EV dan juga permintaan tinggi terhadap trak pikap dalam kalangan rakyat Malaysia, tidak mustahil sekiranya Tesla Cybertruck akan dipertimbangkan untuk ditawarkan di negara ini. 

Tesla-Cybertruck_Concept-2019-1280-07.jpg

Tesla Cybertruck dikatakan memiliki  ciri utiliti yang lebih baik berbanding trak biasa dan prestasi yang lebih tinggi berbanding kereta sport

03_Desktop.jpg

Model ini menggunakan casis kerangka keluli tahan karat yang canggih

Untuk pengetahuan pembaca, Cybertruck adalah sebuah trak pikap yang diperbuat daripada keluli tahan karat dengan sistem enjin tiga motor yang boleh mencapai output 805 hp. Ia juga menjanjikan jarak perjalanan sejauh 800 km selain ciri utiliti yang lebih baik berbanding trak biasa dan prestasi yang lebih tinggi berbanding kereta sport. 

Apa pendapat anda mengenai Tesla Cybertruck? Adakah anda tertarik dengan trak inovatif ini?  Berapakah harga yang sesuai untuk menjadikannya relevan di Malaysia? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen di bawah. 

Tesla-Cybertruck_Concept-2019-1280-09.jpg


Tag:

Tesla Motors Malaysia
Tesla Cybertruck
Tesla Cybertruck Malaysia
Tesla Cybertruck RHD
Cybertruck
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Stesen Supercharger 250 kW Tesla Kini Di Kuantan – RM1.25/kWj

Buat perjalanan ke Pantai Timur dengan tenang kerana Tesla Motors Malaysia telah membuka stesen Supercharger (DC) pertamanya di Kuantan, Pahang.

17-06-2024
EV

Peluang Akhir Saksikan Tesla Cybertruck Di Malaysia, Kini Di One Utama

Tesla Cybertruck membuat kemunculan terakhirnya di negara kita di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

10-06-2024
EV

Trak ‘Kalis Peluru,' Tesla Cybertruck Dipertontonkan Di Malaysia – Ini Spesifikasinya...

Tesla Malaysia sebentar tadi telah mempertontonkan trak Tesla Cybertruck. Ini yang menarik...

08-04-2024
EV

Tesla Supercharger Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang Kini Aktif – RM1.25/kWj

Tesla Motors Malaysia telah mengaktifkan stesen pengecas pertamanya di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang.

05-04-2024
EV

Tesla Model Y Bakal Meluncur Di Jalan Raya – Serahan Pertama Hari Ini

Tesla Motors Malaysia akhirnya memulakan penyerahan pertama bagi Model Y.

12-03-2024
EV

Pusat Tesla Pertama Di Malaysia Kini Dibuka Di Cyberjaya

Tesla Motors Malaysia telah merasmikan pembukaan Pusat Tesla pertama di Malaysia.

03-10-2023
Berita Auto

Kenapa Tesla Pilih Malaysia? Kerajaan Indonesia Ingin Jumpa Elon Musk 2 Ogos Ini

Kerajaan Indonesia bakal mengadakan pertemuan dengan Elon Musk. Apa puncanya?

31-07-2023
EV

Bolehkah Pemilik Tesla Recond Guna Supercharger Tesla? Ini Jawapan Tesla Malaysia

Adakah pemilik Tesla recond boleh menggunakan Supercharger Tesla? Ini pendedahannya...

22-07-2023

Berita Terkini

EV

Ini Dia Volkswagen ID.Buzz AD Versi Pengeluaran – Tidak Perlu Pemandu, Lancar Tahun Depan

Volkswagen menerusi subjenama mobiliti, MOIA, telah memperkenalkan versi pengeluaran bagi van elektrik autonomi yang pertamanya, Volkswagen ID.Buzz AD.

20-06-2025
EV

Lalamove Lancar Van Elektrik Baharu, Sesuai Untuk Kegunaan Bandar, Tapi Belum Masuk Malaysia

Lalamove mengorak setapak ke hadapan apabila mula menceburi bidang pembuatan kenderaan elektrik (EV) dengan melancarkan jenama sendiri, DuoLa Auto, baru-baru ini.

19-06-2025
EV

Dilancar: Nissan Leaf 2026, Badan Mantap, Bikin Geram, 214 HP, Sekali Cas Boleh Pergi Setakat 488KM

Selepas beberapa teaser dan pengumuman sebelum ini, Nissan Leaf generasi ketiga akhirnya dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.

19-06-2025
EV

Ini Dia Skuter Elektrik Harga Marhaen, Yadea GT20 Dijual Serendah RM4,998 Sahaja

Skuter elektrik yang cukup bergaya, Yadea GT20 sudah dilancarkan di Malaysia.

18-06-2025
EV

Ini Dia Tiga Cawangan Pengedar Baharu Proton e.MAS & smart

PRO-NET lancarkan pusat pengedaran baharu Proton e.MAS dan smart di Kota Kinabalu, IOI Putrajaya dan Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

18-06-2025
EV

Pengecas Pantas EV ChargeSini Kini Di Mayang Mall, K.Terengganu – 60 kW, Dari RM1.39/kWj

ChargeSini telah melancarkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Mayang Mall, Kuala Terengganu.

18-06-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Dihidupkan Semula: Peugeot e-208 GTi Dilancar Di Le Mans

Nampaknya, jenama milik Stellantis ini memilih untuk menghidupkan semula salah satu nama model ikonik mereka.

17-06-2025