Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Awas! Harimau Mungkin Berkeliaran Di Jalan Batang Kali-Genting Highland

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Tiger-1.jpeg

Perhilitan pasang perangkap kamera untuk mengesan harimau belang di Kilometer 18 Jalan Batang Kali-Genting Highland (Gambar hiasan)


Perhilitan Daerah Hulu Selangor telah memasang perangkap kamera di lokasi yang sesuai untuk mengesan harimau belang yang dikatakan berkeliaran di sekitar Kilometer 18 Jalan Batang Kali-Genting Highland.


Langkah ini diambil berikutan laporan seorang anggota polis bantuan yang mendakwa terserempak dengan haiwan liar tersebut pada jam 9.07 pagi di kawasan tersebut pada 27 Ogos lalu. 


Perhilitan-cari-harimau-.jpeg

Kakitangan Perhilitan menjalankan tugas pencarian di sekitar kawasan Kilometer 18 Jalan Batang Kali-Genting Highlands (Foto: Perhilitan Selangor)


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Ahmad Faizal Tahrim, telah menghubungi pihak Perhilitan untuk membantu mengesan harimau belang ini. Walaubagaimanapun, siasatan awal tidak menemukan sebarang bukti atau tapak yang menunjukkan kehadiran haiwan tersebut.


Beliau menjelaskan bahawa faktor muka bumi yang padat serta daun pokok jenis Akasia yang tebal di kawasan tersebut menjadi penghalang dalam usaha pengesanan.


Ahmad Faizal memberikan amaran kepada orang ramai agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti di kawasan tersebut untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.


Bagi mereka yang mempunyai maklumat mengenai kemunculan harimau belang tersebut, digesa untuk melaporkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor melalui nombor telefon 03-60641222.

Tag:

Harimau
Kilometer 18 Jalan Batang Kali-Genting Highland
Perhilitan Daerah Hulu Selangor
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Ramai Bising Laluan Masuk Genting Highlands Bakal Dikenakan Caj, Ini Jawapan Menteri

Ramai Bising Laluan Masuk Genting Highlands Bakal Dikenakan Caj, Ini Jawapan Menteri

Beberapa hari lepas kecoh apabila pihak Genting Malaysia akan mengenakan caj untuk masuk ke tempat peranginan itu.

17-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026