Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bas Rapid KL Beroperasi Hingga 2 Pagi Sempena Sambutan Ambang Merdeka

Sofea Najmi

Kongsi melalui

RAPID-KL-MERDEKA-EVE-(1).jpgRAPID-KL-MERDEKA-EVE-(3).jpg


Rapid KL akan melanjutkan perkhidmatan bas sempena sambutan Ambang Merdeka yang ke-66 pada hari Rabu dan Khamis ini. Pada malam ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka, perkhidmatan Rapid KL akan beroperasi sehingga pukul 2 pagi. Pada 31 Ogos, perkhidmatan ini akan bermula lebih awal, iaitu pukul empat pagi.


Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching, berkata bahawa langkah ini diambil untuk memberi peluang kepada orang ramai menyambut detik 12 malam kemerdekaan negara. 


RAPID-KL-MERDEKA-EVE-(2).jpg


Rapid KL telah menyediakan sejumlah 22 buah bas ke sepuluh stesen utama di Kuala Lumpur. Antara stesen tersebut ialah Pasar Seni, Lin Ho Jalan Lekiu, KLCC, Titiwangsa melalui Chow Kit, Stesen LRT Bandaraya, Pusat Lebuh Pudu melalui Bukit Bintang, Pusat Lebuh Pudu melalui LRT Salak South, Lebuh Ampang, Titiwangsa, dan Menara Maybank melalui Bukit Bintang.


Beliau juga menjelaskan bahawa bagi mereka yang ingin menghadiri acara di Dataran Putrajaya, perkhidmatan bas ulang-alik akan disediakan untuk memudahkan pengunjung.


“Terdapat dua tempat menaiki bas ulang-alik iaitu di Putrajaya Sentral Stesen dan juga di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)  untuk ke Dataran Putrajaya,” katanya.


Penting untuk diingatkan, disebabkan penutupan jalan sempena sambutan ini, orang ramai digalakkan untuk menggunakan pengangkutan awam demi kelancaran perjalanan. 

Tag:

RAPID KL
Bas Rapid
Sambutan Ambang Merdeka 2023
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rapid KL Lanjut Operasi Sehingga 1.30 Pagi

Rapid KL akan melanjutkan operasi rel dan bas di beberapa lokasi terpilih pada Ahad ini.

29-12-2023
Berita Auto

Jangan Naik Kereta Kalau Nak Tengok Ambang Merdeka

Kalau nak elak sangkut jam berjam, naiklah pengangkutan awam.

30-08-2023
Berita Auto

Jangan Risau Naik Perkhidmatan Rapid KL sempena Hari Merdeka

Sempena Hari Merdeka, Rapid Kl melanjutkan operasi perkhidmatan mereka.

23-08-2023
Berita Auto

Rapid KL Tambah 310 Bas Diesel Baharu Menjelang Hujung 2024, Ini Sebabnya...

Rapid KL sedang menyelaraskan semula 35 laluan bas, ini antara yang akan dilakukan...

02-04-2024
Berita Auto

OKU Boleh Guna Bas & Rel Dengan Percuma, Kad OKU Smile Diperkenalkan

OKU dapat menggunakan semua perkhidmatan rel dan bas di bawah Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) secara percuma. Ini caranya...

15-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Gambar Intipan Tersebar, Butiran Proton Saga MC3 2025 Bocor Di Media Sosial

Butiran mengenai Proton Saga 2025 yang turut digelar sebagai Proton Saga generasi baharu MC3 telah pun bocor di media sosial sejak beberapa hari lalu.

06-08-2025
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.

06-08-2025
Berita Auto

Harga Minyak Naik, Diesel Lebih Mahal Bermula 7 Ogos

Pengumuman harga minyak terkini Malaysia bermula 7 Ogos 2025.

06-08-2025
Berita Auto

Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) Tidak Jejaskan Kewangan

Pelaksanaan sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) tidak akan membabitkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

06-08-2025
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

06-08-2025
Berita Auto

PALSU: Tular Pula Lesen Kopi-O, Guna Gambar Menteri Pengangkutan

Iklan menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, bertujuan memancing keyakinan orang ramai.

06-08-2025
Berita Auto

Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.

06-08-2025
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

05-08-2025