- Berita
- Global
- Mercedes-AMG GT 2024 – Lebih Luas, Enjin V8, AWD
Coupe sport Mercedes-AMG GT generasi kedua telah diperkenalkan pada hujung minggu lalu semasa acara Monterrey Car Week. Kali ini, tampil lebih besar dengan reka bentuk yang telah diperbaharui.
Berbanding keluaran sebelum ini, Mercedes-AMG GT generasi kedua kini 180 mm lebih panjang dengan jarak roda yang 70 mm lebih panjang. Ia juga lebih lebar sebanyak 40 mm dari sebelum ini
Menurut Mercedes-Benz, model kali ini telah dirangka semula sepenuhnya tanpa satupun komponen casis lama digunakan. Selain itu, AMG GT kini hadir eksklusif sebagai coupe jenis hard-top, oleh itu bagi yang menginginkan versi terbuka, model SL boleh dijadikan pilihan.
Secara visual, AMG GT masih mudah untuk dikenalpasti sepertimana keluaran sebelum ini. Namun kali ini, ia diberikan lampu hadapan dengan bentuk lengkungan yang lebih halus, lampu belakang yang lebih halus kini bersambung melalui satu kemasan kecil di bawah spoiler belakang aktifnya, dan gril khas Mercedes-AMG Panamericana masih dikekalkan di bahagian hadapan.
Gril khas Mercedes-AMG Panamericana dikekalkan
Sentuhan baharu termasuk lengkungan lampu hadapan yang lebih halus, lampu belakang 'bersambung', serta rim 20 inci (pilihan 21 inci) yang lebih ringan
Dari segi visual, peningkatan saiz tidak terlalu ketara dilihat daripada luar, namun AMG GT kali ini 180 mm lebih panjang, dengan jarak roda yang 70 mm lebih panjang dan kelebaran yang bertambah 40 mm. Hasilnya, ruang kabin kali ini lebih besar dengan susunan tempat duduk 2+2 serta ruang bagasi yang lebih luas, antara 321 liter hingga 675 liter.
Dari segi kelengkapan, kabin ini dilengkapkan dengan paparan instrumen baharu digital sepenuhnya yang bersaiz 12.3 inci dengan skrin infotainmen sentuh bersaiz 11.9 inci yang diambil dari model SL. Selain itu, terdapat stereng AMG Performance dengan tempat duduk bucket serta perehat kepala yang turut ditawarkan dengan pilihan tambahan iaitu fungsi pengudaraan.
Kedua-dua GT 55 dan GT 63 menggunakan enjin 4.0 liter V8 turbo buatan tangan, dengan transmisi automatik 9-kelajuan baharu dan sistem 4Matic+ AWD terkini
Semasa pelancaran, Mercedes-AMG mengumumkan pelancaran dua varian iaitu versi asas GT 55 dan versi lebih tinggi, GT 63. Kedua-dua masih menggunakan enjin bi-turbo V8 4.0 liter House Affalterbach, namun dengan sistem yang telah diperbaharui untuk memenuhi standard emisi terkini dengan dua tahap prestasi berbeza.
Enjin pada GT 55 dapat menghamburkan kuasa sehingga 469 hp dan 700 Nm, sementara GT 63 boleh mencapai 577 hp dan 800 Nm. Kedua-duanya menggunakan transmisi automatik 9-kelajuan AMG Speedshift baharu dengan klac basah, serta sistem 4Matic+ AWD.
GT 63 boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 3.2 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 315 km/j. GT 55 pula lebih perlahan dengan masa pecutan 3.9 saat dan kelajuan tertinggi 295 km/j
Hasilnya, GT 55 boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 295 km/j, sementara itu, varian lebih berkuasa, GT 63, boleh membuat pecutan dengan lebih pantas iaitu 3.2 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 315 km/j. Angka yang dinyatakan sama dengan model tanpa bumbung SL 55 dan SL 63.
Keselesaan pemanduan turut dibantu oleh teknologi seperti suspensi AMG Active Ride Control dengan penstabil olengan aktif, kekunci pembeza belakang (diff-lock) kawalan elektronik, pengendalian gandar belakang aktif, serta aerodinamik aktif hadir. Bagi sistem perlanggaran, Mercedes-AMG telah memasang cakera komposit sebesar 390 mm di bahagian hadapan. Model ini juga menggunakan rim 20 inci sebagai standard, dengan pilihan rim yang lebih besar bersaiz 21 inci.
Kali ini, kabin mempunyai susunan tempat duduk 2+2 dengan ruang bagasi yang lebih besar dan praktikal, dengan kapasiti antara 321 liter dan 675 liter
Harga pasaran bagi Mercedes-AMG GT generasi kedua ini masih belum didedahkan. Namun, jualan dan penghantaran akan bermula pada penghujung tahun ini.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv