Link Copiedcheck_circle
EV

EV Concept AMG GT XX Cecah 1,340 HP, Cas 5 Minit Capai 400 KM!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

mercedes-amg-gt-xx-concept.jpg


Mercedes-AMG mencuri perhatian dunia automotif dengan pendedahan model konsep terbarunya, Concept AMG GT XX. Model konsep ini muncul sebagai gambaran awal hypercar elektrik (EV) yang bakal dihasilkan oleh jenama tersebut. 


Rekaan Menawan Yang Aerodinamik 


Concept AMG GT XX bukan sekadar menawan, tetapi sangat efisien dari segi aerodinamik dengan koefisien seretan hanya 0.198 walaupun menggunakan tayar yang lebar dan cermin sisi konvensional. Warna oren tangerin yang menjadi identiti konsep ini mengimbau kembali model supercar ikonik, C111.


mercedes-amg-gt-xx-concept-(3).jpg

mercedes-amg-gt-xx-concept-(18).jpgmercedes-amg-gt-xx-concept-(9).jpg


Beberapa elemen futuristik seperti cat cair (fluid light paint) pada skirt sisi dan bar lampu LED di belakang yang juga berfungsi sebagai skrin mesej mungkin tidak akan ditawarkan pada versi pengeluaran kelak. 


Model ini dibangunkan di atas platform eksklusif EV Mercedes-AMG yang menggunakan gabungan bahan keluli, aluminium dan komposit karbon. Yang menariknya, Mercedes-AMG turut merancang untuk menghasilkan versi SUV crossover ala Ferrari Purosangue.


Baca: Konsep EV Renault Filante Hanya 1,000 KG – Sasar Catat Rekod Jarak EV Terjauh


Teknologi Rim Aerodinamik Pintar


mercedes-amg-gt-xx-concept-(10).jpgmercedes-amg-gt-xx-concept-(11).jpgmercedes-amg-gt-xx-concept-(13).jpgmercedes-amg-gt-xx-concept-(12).jpg


Satu lagi inovasi menarik ialah penutup rim aerodinamik yang terdiri daripada lima panel karbon yang boleh bergerak keluar dan masuk secara automatik untuk mengoptimumkan aliran udara atau penyejukan brek. Panel ini beroperasi secara bebas menggunakan tenaga kinetik daripada pergerakan roda, dan hanya memberikan berat tambahan sebanyak satu atau dua kg sahaja berbanding rim aloi biasa.


Kabin Futuristik 


mercedes-amg-gt-xx-concept-(24).jpgmercedes-amg-gt-xx-concept-(20).jpgmercedes-amg-gt-xx-concept-(21).jpgmercedes-amg-gt-xx-concept-(22).jpgmercedes-amg-gt-xx-concept-(23).jpg


Di dalam, kabin model Concept AMG GT XX ini dilengkapi kerusi bucket karbon dengan kusyen yang direka khas berdasarkan bentuk badan pelanggan melalui teknologi imbasan. Tekstil yang digunakan pula dihasilkan daripada tayar GT3 yang terbuang.


Dalam aspek teknologi, skrinnya terdiri daripada dua tablet besar, manakala stereng yoke dilengkapi butang kawalan jenis pusingan (twistable) dan pedal penukar gear. 


Kuasa Luar Biasa, Saingan Porsche Taycan Turbo GT


mercedes-amg-gt-xx-concept-(6).jpg


Model Concept AMG GT XX ini dikatakan memiliki kuasa mencecah 1,340 hp dan kelajuan maksimum 360 km/j. Sebaik versi pengeluaran model ini dilancarkan tahun depan, ia bakal memberikan saingan sengit kepada model Porsche Taycan Turbo GT.


Concept AMG GT XX menggunakan sistem elektrik 800 volt dengan bateri berteknologi tinggi yang mampu menerima pengecasan sehingga 850 kW. Mercedes-AMG mendakwa bateri ini boleh menambah jarak perjalanan sehingga 400 km hanya dengan pengecasan selama 5 minit.


Jentera ini dikuasakan oleh dua unit pemacu elektrik (EDU) yang mengandungi tiga motor elektrik jenis axial-flux, dua di belakang dan satu di depan. Kesemua motor menghasilkan kuasa gabungan 1,340 hp. Setiap EDU dilengkapi set gear planetari tersendiri dan inverter penyejukan air. EDU belakang menjadi sistem pacuan utama, manakala EDU depan boleh diputuskan ketika kenderaan meluncur untuk menjimatkan tenaga.


Mercedes-AMG turut membangunkan sel bateri silinder dengan sistem penyejukan secara langsung, hasil reka bentuk eksklusif daripada pembekal ‘rahsia.’ Ini membantu pengurusan haba yang lebih baik dan membolehkan pemanduan berprestasi tinggi yang kekal stabil sepanjang sesi litar.


Bunyi Enjin V8 Yang Mengasyikkan


mercedes-amg-gt-xx-concept-(27).jpg


Untuk sentuhan lebih ‘dramatik,’ model konsep ini menghasilkan bunyi enjin V8 tiruan yang dikeluarkan melalui dua speaker yang terletak pada perumah lampu depan. Bunyi ini juga boleh disalurkan ke seluruh kenderaan bagi pengalaman pemanduan yang lebih mengasyikkan.


Satu versi konsep yang cukup menarik. Concept AMG GT XX memberikan gambaran yang jelas tentang prestasi luar biasa yang bakal dibawa oleh model-model elektrik Mercedes-AMG akan datang, menandakan era baharu hypercar elektrik yang menggabungkan teknologi tinggi, prestasi dan rekaan aerodinamik canggih.

mercedes-amg-gt-xx-concept-(2).jpg

Baca: Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta

Baca: SUV Pertama Ferrari, Purosangue, Kini Di Malaysia – Capai 715 HP, Dari RM5 Juta

Tag:

Concept AMG GT XX
Concept AMG
AMG GT
Mercedes-AMG GT
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Mercedes-AMG GT 2024 – Lebih Luas, Enjin V8, AWD

Mercedes-AMG GT 2024 – Lebih Luas, Enjin V8, AWD

Mercedes-AMG GT generasi kedua telah diperkenalkan pada hujung minggu lalu. Ini spesifikasinya...

22-08-2023

Berita Terkini

EV
Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV
Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026
EV
Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Andai Kata: T20 Tanpa Subsidi Petrol: RM1 Petrol Hanya 2.98km — EV Mampu Pergi Sejauh 5.45km

Dengan harga pasaran RON95 TANPA SUBSIDI di Malaysia mencecah RM4.02/L, sejauh manakah RM1 sebenarnya boleh membawa anda? Ini perbandingan antara EV vs Petrol.

11-05-2026
EV
Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Pendaftaran EV Mencanak Bulan Lepas

Ingat Trend?Anda Salah! Data Terbaharu Dedahkan Rakyat Malaysia Kini Berpusu-pusu 'Tinggalkan" Kereta Petrol.

11-05-2026
EV
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026