Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PANAS!!! Toyota Corolla GR Sport Masuk Isnin Ini?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Screenshot-2023-08-26-101128.png

Khabar angin sudah mula bertiup kencang apabila Toyota Corolla GR Sport bakal dilancarkan pada hari Isnin ini.

Ia susulan daripada UMW Toyota Motor (UMWT) ada memaparkan imej teaser yang menunjukkan sebahagian lampu hadapan jentera itu.

image.png

Pada bahagian kiri imej itu, tertera perkataan: New Corolla GR Sport, Drive your new attitude, Tune in 28 August.

Biarpun, kami tidak menerima sebarang butiran spesifikasi mengenai GR Sport ini namun apa yang pasti ia berkemungkinan besar akan didatangkan dengan suspensi yang lebih mantap.

Difahamkan, ia juga akan didatangkan dengan bampar hadapan, roda aloi serta kemasan kabin yang lebih segar.

image.pngimage.png

 Datang kepada harga, ia masih belum didedahkan namun ia mungkin ditawarkan pada harga lebih RM150,000.

Apapun, kita kena tunggu pengumuman rasmi UMWT sekiranya benar ia dilancarkan pada 28 Ogos ini.

Selain harga, spesifikasi enjinnya juga tidak didedahkan  namun beberapa berita online automotif mendedahkan bahawa Corolla GR Sport berkemungkinan besar akan mengekalkan unit yang sama iaitu 2ZR-FE 1.8 liter naturally-aspirated empat-silinder sebaris.

Dengan enjin ini, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 138 hp pada tork 172 Nm, dan ia juga dipadankan bersama CVT untuk memacu roda hadapan. 

Nampaknya, masih banyak persoalan mengenai Toyota Corolla GR Sport tidak dapat dirungkaikan memandangkan tiada sebarang pengesahan daripada sumber dalaman.

Teruskan bercama CariCarz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai GR Sport ini, andai benar ia dilancarkan pada Isnin ini.


Gallery

Tag:

UMW Toyota Motors
Toyota Corolla GR Sport
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

Toyota GR86: Wanita Pun Boleh Pandu, Tak Susah Mana

Pada bulan lepas, penulis diberi kesempatan untuk menguji keupayaan Toyota GR86.

01-03-2024
Pandu Uji

Innova Zenix Bikin Otak Tenang, Boleh Jadi "Selera" Kayangan?

Ini komen dari luhur hati seorang mak-mak.

01-01-2024
Berita Auto

Peraduan Dream Car Art Kembali Lagi! Terbuka Kepada Semua Kanak-Kanak

Peraduan Toyota Dream Art terbuka kepada semua kanak-kanak di Malaysia.

01-11-2022
Berita Auto

Program Pembangunan Pelumba Muda UMW Toyota Berjaya Asah Kemahiran Pemanduan Anak Muda

Program Pembangunan Pelumba Muda yang diperkenalkan oleh UMW Toyota Motor dan GAZOO Racing sejak dua tahun lalu kini menunjukkan perkembangan yang cukup membanggakan.

25-07-2022
Kereta Baru

UMW Toyota Buat Saspen Je

Toyota Corolla GR Sport bakal tiba di Malaysia.

07-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026